Mahathir - Dalam 2 Tahun Negara Rugi RM160 Billion Urusniaga Forex !!



Sewaktu bercakap di Kelab Golf Bangi pada 9 Disember lepas, dalam program 'HARD TALK bersama Tun Mahathir & Dato' Husam', Tun Dr Mahathir telah membuat satu pendedahan yang sangat menggemparkan tentang kerugian Urus Niaga Wang Asing (FOREX)

Menurut Tun Dr Mahathir :
Dalam tempoh hanya dua tahun iaitu 2013-2015, negara telah menanggung kerugian sebesar USD 39.6 Billion (RM160 Bilion) atas urusan niaga wang asing (FOREX).
Tun Dr Mahathir mendedahkan kerugian RM160 Bilion itu dalam penjelasannya setelah diminta oleh moderator, Dato' Saifuddin Nasution supaya mengulas mengenai keputusan siasatan RCI keatas kerugian FOREX dan hal berkenaan laporan polis yang dibuat keatasnya ekoran hasil keputusan siasatan RCI tersebut.

Menurut Tun Dr Mahathir kini beliau bersama Anwar Ibrahim dan TS Nor Muhammad disiasat Polis atas tuduhan jenayah bersubahat menyembunyikan datas  kerugian kerugian urus niaga tukaran wang asing (Forex) Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar 1990-an.

Menurut Tun Dr Mahathir, walaupun kerugian Bank Negara dalam dagangan tersebut adalah sebanyak RM 30 Bilion, tetapi beliau hanya diberitahu kerugian yang dialami ialah RM11 Bilion.

Beliau berkata, beliau tidak ada keupayaan untuk menyiasat hal sebenar tentang perkara tersebut. Beliau hanya menerima laporan sebagaimana yang diberikan kepadanya.

Kerugian RM30 bilion yang berlaku ketika zaman pemerintahan Mahathir 30 tahun lalu, bukan main heboh diperkatakan! Hingga kerajaan telah menubuhkan RCI.
Tetapi kerugian (RM160 Billion) di era Najib walaupun tekandung dalam laporan Bank Negara, perkara tersebut tidak pernah didedahkan oleh mana-mana media perdana.
Bukankah lebih sangat perlu untuk disiasat segera kerugian USD 39.6 Billion (RM160 Billion) di era Najib kerana ianya jauh lebih besar dan ia berlaku dalam tempoh waktu yang sangat singkat iaitu 2 tahun, 2013-2015.

Kalau apa yang Tun Dr Mahathir katakan itu adalah benar, maka DS Najib perlu dipertanggungjawabkan dan disiasat sebagaimana yang telah dilakukan keatas Tun Dr Mahathir dan DS Anwar Ibrahim tanpa sebarang alasan.

Sumber : Al-Husseyn

Post a Comment

0 Comments