Lambat Beri Makan, Pukul Bapa 71 Tahun Dengan Kayu


Seorang warga emas cedera di kepala dan tangan setelah dipukul anak sendiri yang dipercayai kurang siuman dalam kejadian di Kampung Parit Haji Yusof, Ahad lalu.
Dalam kejadian jam 11.10 pagi itu, polis menerima laporan seorang anak bertindak memukul bapanya yang berusia 71 tahun di sebuah rumah menggunakan sebatang kayu.
Tindakan suspek berusia 37 tahun itu menyebabkan mangsa luka di kepala, bengkak di jari manis dan kelengkeng serta pergelangan tangan kanan.
“Suspek bertindak agresif kerana ahli keluarganya lambat memberi makan pada hari kejadian.
“Keluarga suspek juga memaklumkan suspek kurang siuman dan pernah menjalani rawatan psikiatri di Hospital Taiping dan Tanjung Rambutan. Kali terakhir suspek mendapatkan suntikan pada 8 Disember lalu di Klinik Kesihatan Sungai Kota Tanjung Piandang,” 
Omar Bakhtiar berkata, mangsa memberitahu suspek bertindak agresif dan memukul ahli keluarganya setiap kali baru mendapat suntikan rawatan psikiatri.

"Mangsa memaklumkan tidak tahan dengan sikap dan penyakit suspek. Semua ahli keluarganya merasa takut dan tidak selamat sekiranya suspek tinggal bersama mereka.

“Sehingga kini, mangsa masih menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Taiping,”

Omar Bakhtiar berkata, kes dianggap selesai setelah mangsa dan ahli keluarga enggan memanjangkan perkara itu ke muka pengadilan memandangkan kondisi suspek yang kurang siuman.

Sumber : SH

Post a Comment

2 Comments

  1. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Harap keluarga mereka tabah menghadapi ujian.

    ReplyDelete
  2. namanya kurang normal jangan perpanjang masalah

    ReplyDelete