Mat Sabu - Saya Tak Tahu Akan Tersenarai Menteri Kabinet Atau Tidak



Perdana Menteri Anwar Ibrahim belum memanggil parti komponen Pakatan Harapan (PH) untuk membincangkan pembentukan Kabinet, kata Presiden Amanah Mohamad Sabu.

“(Perbincangan) bentuk kerajaan, kita (PH) belum bincang, tetapi kita akan tubuh kerajaan secepat mungkin. Untuk jawatan menteri dan sebagainya, terserah kepada perdana menteri. Saya tidak tahu (sama ada) akan tersenarai (menteri kabinet) atau tidak,” 
Beliau berkata demikian selepas meraikan petugas PH pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) Parlimen Kota Raja.

Mohamad pernah menyandang portfolio menteri pertahanan selepas PH memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14), pada 2018.

Pada PRU15, beliau mempertahankan kerusi Parlimen Kota Raja dengan majoriti 73,998 undi menewaskan pencabar terdekat dari Perikatan Nasional (PN), Mohamed Diah Baharun yang memperoleh 49,308 undi.

Post a Comment

0 Comments