Ticker

6/recent/ticker-posts

Pembentukan Kabinet - Suara Ahmad Maslan Mula....



Perdana Menteri Anwar Ibrahim diminta mengadakan rundingan dengan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam pemilihan Kabinet terutama membabitkan gabungan itu, tindakan yang tidak dilakukan dalam pembentukan dua Kabinet terdahulu.

Susulan itu, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan, mencadangkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya, Mohamad Hasan dipanggil berunding sebelum senarai Kabinet diumumkan, yang dijangka diumum pada minggu depan.

“Kali ini, presiden Umno yang juga pengerusi BN perlu dirundingi untuk buat keputusan pembentukan Kabinet kerajaan perpaduan. Saya difahamkan ketika Kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin (perdana menteri kelapan), presiden dan timbalan presiden Umno tidak dirundingi.

“Maka anggota Kabinet yang dilantik (Muhyiddin) itu tidak mengikut hierarki parti. Itu yang berlaku ketika Muhyiddin jadi perdana menteri.

“Saya harap Anwar yang jadi perdana menteri ke-10, berunding dengan pucuk pimpinan parti terutama presiden parti supaya ia jadi suara parti itu bukan orang-orang lain yang jadi suara parti. Ini adalah kebaikan semua pihak,” katanya menurut Berita Harian.

Ahmad ketika mengulas lanjut, berkata adalah adil dan wajar presiden dan timbalannya dibawa berbincang untuk memilih calon terbaik bagi dinamakan sebagai timbalan perdana menteri.

Post a Comment

0 Comments