“Iran Sedia Serang Dulu! Trump Nak Guna Bom Terbesar Amerika Sebelum Midterm – Korang Dah Sedia?”



Perkembangan terkini di Asia Barat, khususnya perang antara Amerika dan Iran, kini berada dalam fasa kritikal. Ramai menjangka fasa baharu perang ini boleh berlaku pada bila-bila masa.

Sebelum ini, ramai pihak menjangka Amerika akan memulakan fasa ketiga perang terhadap Iran selepas pilihan raya midterm, sekitar November. Walaupun, keputusan midterm tidak menjejaskan kedudukan Trump sebagai Presiden kecuali dalam beberapa aspek tertentu. 

Namun, perkembangan terkini menunjukkan Amerika sedang bersedia melepaskan apa yang dipanggil Mother of All Bombs terhadap Iran. Walaupun ia bukan senjata nuklear, penggunaan bom ini boleh menyebabkan kemusnahan besar-besaran dari segi keluasan dan kedalaman. Bom ini seberat hampir 10 tan dan panjang hampir 10 meter. Ia pernah digunakan dalam perang Amerika menentang Taliban di Afghanistan, dan kini dikatakan akan digunakan dalam perang Iran.

Pada masa yang sama, Amerika sedang menghantar kapal pengangkut pesawat ketiganya ke Timur Tengah. Ramai menjangka serangan ini tidak akan berlaku selepas midterm, tetapi dalam masa satu hingga dua minggu sebelum pilihan raya. Trump mengubah fikiran kerana beliau perlu meneruskan perang ini secara besar-besaran. Penggunaan bom yang belum pernah digunakan ini bertujuan untuk memperoleh “kemenangan baharu” ke atas Iran, yang akan digunakan untuk mempengaruhi undi dalam pilihan raya midterm.

Mengapa ini berlaku? Pertama, berkaitan pilihan raya midterm. Trump tidak mahu menunggu selepas pilihan raya. Calon-calon parti lawan, khususnya Demokrat, sedang memainkan isu kegagalan Trump dalam perang Iran. Oleh itu, Trump perlu mencari cara untuk mengumumkan kemenangan terkini ke atas Iran.

Dalam serangan yang dijangka ini, terdapat beberapa perkara penting:
  1. Penggunaan Mother of All Bombs.
  2. Selepas hampir lapan bulan perang, Amerika gagal memusnahkan struktur kepimpinan dan markas operasi IRGC (pasukan elit Iran) kerana ia tersebar di ratusan, mungkin lebih seribu lokasi – dikenali sebagai doktrin atau strategi mosaic. Namun, dengan teknologi satelit, Amerika dikatakan telah berjaya membuat pemetaan markas pusat IRGC di seluruh negara. Lokasi-lokasi ini akan menjadi sasaran utama kali ini.
  3. Bom itu juga akan digunakan untuk memusnahkan kawasan yang dikatakan menempatkan kemudahan nuklear Iran, serta memusnahkan infrastruktur, khususnya industri minyak Iran.

Selepas itu, Trump akan mengumumkan kemenangan penuh dalam perang menentang Iran untuk mempengaruhi pilihan raya midterm.

Tetapi, adakah Iran akan berdiam diri?

Seminggu lalu, ketua Majlis Keselamatan Iran, Jeneral Mohsen Rezaee, dalam temubual dengan Press TV menyatakan bahawa Iran sedang bersedia menargetkan lokasi-lokasi strategik Amerika. Serangan kali ini tidak lagi terhad kepada pangkalan tentera Amerika seperti sebelum ini. Ia akan melibatkan kepentingan Amerika yang lain, termasuk pusat data (data center) di negara-negara GCC, infrastruktur AI dan digital, serta kabel bawah laut (fiber optic) yang melibatkan komunikasi. Menurut Rezaee, nilai kepentingan strategik ini dianggarkan sekitar 2 trilion dolar AS.
Isyarat ini menunjukkan kemungkinan Iran akan melakukan serangan preemptive terlebih dahulu, tanpa menunggu Amerika menyerang. Ia mungkin berlaku dalam masa seminggu atau dua minggu, malah ada yang berkata dalam masa 24 jam.

Jika ini benar-benar berlaku, peta geopolitik Timur Tengah dan seluruh dunia akan berubah sekali lagi.

Bagi Amerika, fasa ketiga perang ini sangat diperlukan oleh Trump dan parti Republik kerana mereka sedang diancam dalam kempen pilihan raya. Mereka memerlukan rakyat Amerika mengundi semula untuk memberi kemenangan kepada Republik di Dewan Perwakilan dan Senat. Tanpa dominasi parti Republik, Trump akan menghadapi kesukaran meluluskan bajet dan dasar-dasar lain dalam dua tahun baki pentadbirannya.

Di dalam parti Republik sendiri pun sudah mula ada kritikan terbuka terhadap tindakan Trump yang melibatkan Iran dalam perang yang gagal. Ada calon Republik yang cuba menjauhkan diri daripada Trump. Ini kerana dalam tempoh tujuh hingga lapan bulan perang, Amerika gagal menamatkan pemerintahan revolusi di Iran, gagal menamatkan sekatan Iran ke atas Selat Hormuz, dan lebih malang lagi, harga minyak di Amerika telah meningkat 40% hingga 50%. Impak ini dirasai terus oleh rakyat Amerika, menyebabkan mereka tidak bersetuju dengan perang ini. Oleh itu, Trump perlu menamatkan perang ini sebelum pilihan raya, bukan selepasnya.

Itulah kepentingan pihak Amerika.

Kedua, bagi Iran:

Kepentingan Iran dalam perang ini tidak lagi sekadar mempertahankan negara daripada pencerobohan, penjajahan dan penggulingan oleh Amerika. Kepentingan utama Iran sekarang adalah menghalau Amerika sepenuhnya dari rantau Timur Tengah.

Selepas Perang Teluk Pertama, Amerika telah menempatkan begitu banyak pangkalan tentera di negara-negara GCC dan luar GCC (termasuk Iraq, Jordan dan lain-lain). Selama beberapa dekad, pangkalan-pangkalan di Arab Saudi, UAE, Qatar, Oman, Kuwait dan Bahrain digunakan Amerika untuk melancarkan perang ke atas Iraq, Afghanistan, Somalia, Sudan dan lain-lain, yang menyebabkan ratusan ribu nyawa terkorban.

Dominasi Amerika di rantau ini tidak membawa kebaikan, malah menjadikan rantau ini semakin rapuh dengan perang dan konflik politik serta ekonomi.

Selepas hampir tujuh bulan perang yang bermula 28 Februari, lebih 17 pangkalan tentera Amerika telah dimusnahkan sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya melalui serangan Iran.

Kali ini, isyarat daripada Mohsen Rezaee jelas: sasaran tidak lagi terhad kepada pangkalan tentera, tetapi juga syarikat telekomunikasi, syarikat teknologi, kabel fiber optic bawah laut dan kepentingan strategik lain. Impaknya bukan sahaja kepada Amerika dan Timur Tengah, tetapi juga kepada seluruh dunia kerana kabel komunikasi ini berkaitan dengan kita semua.

Inilah beberapa perkembangan terkini yang dikatakan akan berlaku di rantau Timur Tengah dalam masa terdekat, khususnya antara gabungan Amerika dan Israel menentang Iran dalam perang yang telah berlangsung lebih sebulan.

Post a Comment

0 Comments

Teruskan membaca
Memuatkan lagi artikel...