Aku tak paham kenapa sekarang ramai pula yang nak jadi sultan. Nak dapat gundik comel sponsored ke, ke nak dapat semua peralatan free. Dapat elak pembayaran tol lagi. Tak cukup dengan tu, dapat pegang jawatan tinggi dengan senang. Mungkin itu keistimewaan yang dimiliki sultan dan cuba di perkosa oleh masyarakat hari ini.

Tetapi dalam ramai-ramai sultan, belum ada sultan yang ada facebook. Ini kalilah Sultan sudah ada facebook. Yang tak tahan kemesraan, terdapat banyak rakyat jelata beliau meluahkan perasaan. Salah satunya meminta sultan menambahkan air ketum dalam minuman supaya lebih mesra pengguna.

Belum cukup air ketum, yang ajak lepak sekali sambil hisap gam pun ada. Dalam kegembiraan, mesti ada duka. Paling duka apabila sultan tidak layan rakyat. Rakyat cuma minta tolong like je. Apesal sultan Langkasuka ni kedekut jari nak like.

Yang aku tak boleh tahan nak terkencing, terberak. Sultan ni tak buat fanpage. Hadoiii. Nak add friend dah tak boleh. mesti sultan tapis. Kenapa sultan berperangai begini. Kami rakyat jelata cuma mahu mengajak sultan minum air ketum saja.


Info Asal : Raja Langkasuka