Budak kecik, mesti ramai yang terpengaruh pada cerita 2012, yang mana kiamat akan berlaku. Itu hanyalah tafsiran yang dikatakan oleh pengarah cerita tersebut. Hakikatnya, ia menyatakan memang bencana akan bencana. Bencana akhir zaman juga sememangnya telah tertulis. Terletak pada individu itu sendiri samada nak terus menerus buat tahik, atau kembali kepada jalan yang benar.

Dikatakan, kejadian tanah merudum, dan pembetukan tiba-tiba lubang yang dalam adalah disebabkan berlaku satu tindakbalas kimia di dalam tanah. Dan selain itu juga, air hujan yang lebat. Yang selebihnya ko tanya pakar tanah sendiri. Aku bukan pakar.

Moral of the story, tak kira ko buat rumah sekukuh menggunakan besi daripada planet marikh sekalipun, bila dah takdir mati dalam timbusan tanah, ko tetap akan mati. Itu dari sudut insaf, dari sudut sains pula, mungkin pembangunan yang terlampau kapitalis sehingga lupa tentang flora dan fauna yang memerlukan perlindungan.

Aku rasa, kat malaysia pun pernah terjadi kejadian tanah mendap, tanah runtuh yang melibatkan rumah menteri. Kepada menteri tu, sendiri mau ingat haaa. Warning letter dari langit dah diberi.

May 1981, Lubang besar yang tiba-tiba muncul di Winter Park Florida. Mengubah sebuah bandar menjadi sebuah tasik.

Tahun 1995, Sedalam 60 kaki yang meruntuhkan dua buah rumah di San Francisco's.

Tahun 1998, 800 kaki panjang, 40 kaki luas, dan 70 kaki dalam. Itulah lubang yang berlaku selepas hujan lepas di highway San Diego

November 2003, Di bandar Portugal, Lisbon. Sebuah bus menjunamkan kepala kedalam lubang. 

February 2007, Di Guatamala City yang meruntuhkan beberapa rumah dan 3 orang didapati hilang.

Lubang yang tidak pasti kedalamannya.

March 2007, di Gallipoli, Itali. 


September 2008, Guangdong, China. Lubang sedalam 16 kaki, Seluas 50 kaki.

May 2010, sekali lagi di Guetemala. Dalam, ko pergi siasat sendiri.

Gaung Lubang Hole Created by Agatha.

May 2012, Lubang sepanjang 49 kaki, seluas 33 kaki, sedalam 20 kaki. Di Shaanxi, China

December 2012, Masih di Shaanxi China. Lubang sedalam 20 kaki dan seluas 33 kaki.

December 2012, Lubang sedalam 33 kaki dan seluas 164 kaki di Southern Poland.

Jan 2013, Tempat tanaman padi di China, Hunan.

Info  : BS