BAN Pengotor - Mee Goreng Berulat Di Restoran Mamak Pontian Johor

Restoran mamak sememangnya amat popular dikalangan mereka yang sukakan bau hamis. Semua pekerja import. Sekali lagi tahniah kerana berjaya memberi peluang pekerjaan pada rakyat tempatan. #LOL. Tapi nak buat macam mana, kat KL, Selangor, kat sana kedai mamak jela yang berlambak. Nak cari kedai melayu, memang ada tapi rasa hamis masakan tak macam kedai mamak. Betul tak apa yang aku cakap.

Kadang aku heran juga, jabatan kesihatan ni berapa juta kali sehari dia pergi pantau kebersihan kedai makanan. Sometimes tu, tempat membasuh pinggan dan macam longkang. Masuk tandas, perrgghh semerbak harum. Tapi masakan sedap, orang penuh. LAZATTTT.


BUKIT BERUNTUNG - Memualkan. Begitulah keadaan dialami sebuah keluarga apabila dihidangkan mi goreng ayam berulat ketika mahu menjamu selera di sebuah restoran mamak terkenal di kawasan peranginan Tanjung Piai, Pontian Kecil, Johor.

Anuar@Jaffar Jema’at, 44, berkata, mereka sekeluarga singgah di restoran itu ketika menghabiskan cuti sekolah bersama anak-anak di situ.

Menurutnya, mereka kemudiannya memesan tiga hidangan mi dan maggi goreng ayam.

“Makanan sampai satu-satu, tapi isteri saya terima  dan makan dahulu. Tetapi alangkah terkejut apabila dia lihat beberapa ulat keluar daripada celah mi goreng dan ayam di dalam pinggannya.

"Malah, ketika hidangan maggi goreng ayam dan mi goreng dipesan saya serta anak sampai, kami dapati makanan itu turut berulat. Walaupun tiada keracunan makanan, tetapi bimbang disebabkan kejadian itu, anak isteri trauma makan makanan goreng," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Anuar berkata, ulat-ulat itu dipercayai datang daripada ayam goreng yang tercemar dan kotor, tetapi tetap dijual.

Katanya, dia yang tidak berpuas hati kemudiannya memanggil pengurus dan penyelia, namun hanya pekerja warga Bangladesh mengendalikan restoran itu.

“Saya tanya di mana pengurus, mereka kata tidak ada. Kemudian saya minta nombor telefon sebelum seorang lelaki juga rakan pengurusnya datang. Mereka langsung tidak ada penyelia dan wakilkan orang lain selesaikan aduan.

"Saya minta segala dokumen berkaitan pendaftaran restoran itu bagi tujuan rekod serta laporan polis," katanya.

Anuar berkata, dia kemudiannya membuat laporan polis dan aduan di pejabat kesihatan bagi mengelakkan perkara sama berlaku lagi.

Anuar juga membuat aduan di Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Daerah Hulu Selangor dan dicadangkan membawa perkara itu kepada mahkamah sivil.

Menurutnya, kementerian kesihatan dan pihak berkuasa tempatan perlu bertindak tegas kerana difahamkan, bukan sekali masalah itu berlaku di restoran tersebut

Info Asal : SinarHarian

Post a Comment

8 Comments

  1. perut aku dh terasa loya

    ReplyDelete
  2. Habis tutup kedai.... hahahhaa

    Senarai Blogger Malaysia Yang Cantik 2013
    http://blog3dalam1.blogspot.com/2013/06/senarai-blogger-malaysia-yang-cantik.html

    ReplyDelete
  3. semua ni slh umno

    ReplyDelete
  4. mesti sdap. sekali dgn mee goreng. mamak tu tambah perisa la tu.

    ReplyDelete
  5. Kembang tekak den....pengotor tak habih2!

    ReplyDelete
  6. eleh admin nagan pengomen 2x5 serupa je restoran mamak gak tmpt lepk no1 puihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti ko slh sorang peminat tegar hamis.

      Delete
  7. Alamak pegotornye orang mamak ni

    ReplyDelete