BAN Bonus Raya - Bonus Raya Penjawat Awam 2013 Di Umumkan Pada 24July

Mungkin ini satu berita gembira untuk 1.4 juta penjawat awam pelbagai latar belakang politik. Dan rata-rata mengetahui hak pemberian bonus tidak boleh diberikan mengikut fahaman politik kerana ia membabitkan wang kerajaan yang pada hari ini diurus oleh BN. Berbelanjalah dengan berhemah.

Berdasarkan sumber yang Berita Semasa perolehi langsung daripada MOF, kewangan negara tidak berada dalam keadaan sihat ketika ini. Oleh itu, untuk pemberian bonus raya 2013 sehingga setengah bulan kali ini agak tipis sedikit. Tetapi harapan tetap ada, ini kerana berbalik kepada tujuan Pakej Rangsangan Ekonomi & juga bonus penjawat awam. Untuk terus menggalakkan perbelanjaan & aliran tunai yang aktif di dalam negara dan sekaligus memastikan duit tidak tepu di dalam bank sahaja.


Setakat hari ini, nah….inilah dia maklumat & angka bonus Raya 2013 yang Berita Semasa telah berjaya perolehi, di mana Perdana Menteri telah pun selesai mengadakan mesyuarat di MOF.

Maklumat Terkini Bonus Kakitangan Awam : Bonus Raya 2013
Sekurang-kurangnya jumlah pembayaran bonus raya :Kakitangan Awam : RM500Pesara Kerajaan : RM250
Pengumuman Bonus Raya 2013 :Tarikh : 24 Julai @ 31 Julai 2013Hari : RabuDiumumkan : Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak)bonus rayaWalaubagaimanapun terpulang kepada budi bicara dan pertimbangan Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan Malaysia sewaktu pengumuman kelak.
Berita Semasa dimaklumkan akan ada pengumuman rasmi samada 24 Julai atau 31 Julai 2013 ini, melibatkan tuntutan bonus raya 2013 kali ini oleh kakitangan awam. Nantikan pengumuman daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dan yang pastinya bonus hari raya 2013 kali ini, tidak akan dimasukkan sekali dengan slip gaji seperti yang diharapkan. Ini kerana gaji penjawat awam telah pun siap diproses. Memang tidak sempat.

Info Asal : beritaterikini

Post a Comment

9 Comments

  1. asyik penjawat je. swasta tersengih

    ReplyDelete
    Replies
    1. tersengih ap, bebal, tersedu menangis je leeeeeewwww

      Delete
  2. JIB WOIII!! NAPE HANG TAK PAKSA SEMUA SWASTA WAJIB BAGI DUIT RAYA!

    ReplyDelete
  3. Please understand the situation. It is between the employer (government) and the employees (government servants). Najib as a head of government (employer) can decide to award or not to award the bonus to the government servants. And he cannot tell the other employers (private firms) to do so because it will increase the operation cost and can be restriction to the outsiders to invest in Malaysia as so many things to apply. In fact, so many firms out there reward their staff with bonus even more than what government servants' have. Give them a chance to enjoy the bonus due to the small salary and small annual increment.

    ReplyDelete
    Replies
    1. woi ckp melayu la. tahu la ko terer mat salleh. org lain ramai xfaham. Penjawat Awam bawah agong. Memang la berkhidmat untuk kerajaan. Duit yg diguna pakai juga duit kerajaan. bukan duit umno/BN. kita org tau semua tu. xpayah bercerita pun takpe.

      Delete
    2. macai detected. xbg bising, bg pun bising.

      Delete
    3. ayat ko mcm nk suruh semua rakyat patuh je pada kerajaan.kena kencing pn akur juga.

      Delete
  4. Barang mahal, orang gomen mintak gaji naik. Barang jadi mahal sebab gaji dah naik. Mintak gaji naik lagi sebab barang makin mahal. So, bila nak sudahnya?

    Anak Askar Pencen

    ReplyDelete
    Replies
    1. mati la. aru berkesudahan. nak taknak tu la dunia kapitalis.

      Delete