BAN SipakBola - Video Jaringan Real Madrid 3 VS Chelsea 1

Di pagi raya sepatutnya perlu gembira, so pada fans chelsea yang nonton perlawanan pagi tadi, mohon tahan muka kena perli dengan fans real madrid di pagi raya. Jusoh Monriho tidak berjaya menggembirakan fans chelsea di pagi raya.


REAL Madrid menjadi juara perlawanan untuk pra musim Guinness International Champions Cup setelah menang ke atas Chelsea.

Real Madrid menang 3-1 dengan dua gol sumbangan Cristiano Ronaldo.

Perlawanan yang berlangsung di Sun Life Stadium, Miami, awal pagi tadi, Los Blancos mendahului jaringan gol 2-1 saat sebaik babak pertama selesai.

Marcelo membawa Real Madrid mendahului golnya yang dicatatkan pada minit ke-14.

Dia berjaya menampan pertahanan Gary Cahill sebelum akhirnya melepaskan sepakan terarah yang menembus gawang Petr Cech.

Tiga minit kemudian, Ramires mampu membuat kedudukan kembali seimbang.

Pemain Brazil itu juga berjaya melewati barisan pertahanan Real Madrid, Iker Casillas yang pantas untuk menutup ruang.

Ronaldo kenudiannya mencatatkan gol pada minit ke-31. Tendangan bebas berjaya melepasi gawang lawan sebelum akhirnya masuk.

Skor 2-1 kekal sehingga separuh masa.

Sebaik seminit perlawanan kembali bermula, Eden Hazard pula membuat cubaan dengan melakukan tendangan dari luar kotak penalti namun usahanya tersasar.

Enam minit kemudian, Hazard kembali memberikan ancaman.

Kerana terlalu asyik mengadakan menyerang, gawang Chelsea berjaya dibolosi apabila sepakan Ronaldo di minit 56 dari sayap kanan membawa Real Madrid unggul 3-1.

Akhirnya, Alvaro Morata berjaya mencipta jaringan di masa kecemasan namun gol itu tidak diterima kerana dia berdiri off-side.

Kedudukan 3-1 kekal hingga wisel penamat ditiupkan.

Dengan hasil ini, Real Madrid mencatatkan prestasi cemerlang kerana masih belum tewas dalam enam perlawanan percubaan pra musim di bawah kelolaan jurulatih Carlo Ancelotti.

Untuk rekod, Real Madrid mencatatkan kemenangan lima kali dan seri sekali.

Sementara itu, kekalahan ini merupakan yang pertama bagi Mourinho sejak kembali menyarung jersi Chelsea.

Manakala 'Si Biru' mencatatkan menang lima kali menang dan kalah sekali dalam enam perlawanan  pra musim.

Info Asal : Sinar Harian

Post a Comment

3 Comments

  1. ala setakat guiness cup je pun. baru 1st touch dari mourinho.

    ReplyDelete
  2. baru lagi pre-season untuk chelsea.
    mesti menarik EPL season kali ni.
    tak lupa jugak world cup tahun depan!

    ReplyDelete