Berdasarkan data terkini yang beredar (sumber MalaysiaKini), PKR telah membuat penilaian realistis terhadap kerusi-kerusi Parlimen yang mereka incar.
Pembahagian ini sangat jelas: ada kerusi kuat, hampir kuat, marginal kompetitif, dan kerusi sukar.
TIER 1 – KERUSI KUAT (Wajib Menang Besar)
Ini adalah harta karun PKR. Dengan nombor P. di bawah 0.12, kerusi-kerusi ini dijangka sangat selamat jika mesin parti bergerak:
- Bayan Baru (P.052)
- Selayang (P.097)
- Ampang (P.099)
- Pandan (P.100)
- Subang (P.104)
- Petaling Jaya (P.105)
- Batu (P.115)
Ini kerusi bandar dan semi-bandar yang menjadi core vote PKR selama ini. Kalau PKR pun kalah di sini, bermakna parti sudah hilang DNA reformasi. Tetapi perpecahan antara kem anwar ibrahim dan kem rafizi ramli, menjadi titik pedih untuk PKR menang besar.
TIER 2A – HAMPIR KUAT (Boleh Menang Dengan Kerja Keras)
Kerusi yang boleh dirampas atau dipertahankan dengan strategi betul:
- Nibong Tebal,
- Balik Pulau,
- Gopeng,
- Wangsa Maju,
- Setiawangsa,
- Lembah Pantai,
- Bandar Tun Razak,
- Port Dickson,
- Hang Tuah Jaya,
- Ledang, Tebrau,
- Pasir Gudang,
- Johor Bahru.
Johor Bahru dan Tebrau adalah prize yang sangat penting. Kalau PKR boleh kuasai kawasan Johor yang dulu dikuasai BN/UMNO, ini isyarat kuat bahawa gelombang Anwar masih hidup. Wangsa Maju dan Setiawangsa pula adalah battleground Kuala Lumpur yang mesti dimenangi.
TIER 2B – MARGINAL & KOMPETITIF (Perlu Kerja Mikro Gila)
Kerusi yang boleh menang, tapi memerlukan gerak kerja peringkat akar umbi yang sangat kuat:
- Permatang Pauh,
- Hulu Selangor,
- Kapar,
- Tangga Batu,
- Muar,
- Penampang,
- Tenom,
- Tawau,
- Sungai Petani,
- Sungai Siput,
- Tambun,
- Tanjong Malim,
- Segamat,
- Sekijang,
- Batu Pahat,
- Sepanggar,
- Miri.
Realiti pahit : Banyak kerusi di Sabah & Sarawak berada di sini. PKR kena habiskan sumber mikro – house to house, ceramah kecil, bantuan langsung. Kalau tidak, kerusi ini mudah terlepas ke PN atau GPS.
TIER 3 – SUKAR (Zon Merah, Hampir Mustahil)
- Kangar,
- Langkawi,
- Kubang Pasu,
- Alor Setar,
- Kuala Kedah,
- Kota Bharu,
- Kuala Terengganu,
- Kuantan,
- Putrajaya,
- Labuan,
- Kudat,
- Kota Marudu,
- Putatan dan banyak lagi.
Jujur kita cakap — kebanyakan kerusi Tier 3 ini adalah mimpi buruk bagi PKR. Kawasan-kawasan Melayu tulen, pantai timur, dan pedalaman utara masih sangat sukar ditembusi.
Kesimpulan & Strategi PKR PRU Depan
PKR perlu buat keputusan keras:
- Bertahan dulu di Tier 1 & 2A — jangan biar ada kehilangan bodoh.
- Serang penuh Tier 2B dengan kerja mikro dan calon yang kuat di akar umbi.
- Pilih calon terbaik untuk Tier 3 — atau buat kerjasama pintar supaya tidak buang masa dan wang.
- PKR masih ada kekuatan di Lembah Klang dan beberapa kawasan bandar, tapi cabaran besar di luar bandar dan Borneo. Tanpa pembaharuan parti, sokongan grassroots, dan naratif yang menyentuh rakyat biasa, Tier 1 pun boleh tergelincir.




0 Comments