Setiap tempat, tak kiralah bangsa mana mesti ada satu budaya pelik bila tiba masa2 tertentu. Ada yang cakap adat, ada yang ckp penurunan dari tok nenek moyang. Kat malaysia pun aku rasa ada pelbagai jenis ragam budaya peliks.

Kiviak adalah makanan tradisional musim sejuk dari Greenland yang diperbuat daripada burung auk dan dimasukkan kedalam satu bungkusan untuk di awet. Sekitar 500 auks dimasukkan ke dalam bungkusan tersebut.Ia termasuklah paruh, kaki dan bulu, dan kemudiannya dijahit dan di awet dengan minyak.

Ia kemudiannya diletakkan di kawasan berbatu dan ditinggalkan selama 7 bulan. Kebiasaannya ia akan dimakan ketika musim sejuk,pada hari jadi dan majlis perkahwinan.