BAN Zionis - Tiada Lagi Solat Jumaat Di Mesir ? Apa Kata OIC

Mesir terus menerus ditekan dan cuba digubal dengan pelbagai sekatan supaya islam tidak membangun disana. Tidak cukup dengan itu, pelbagai pintu sempadan yang menyambungkan mesir dan palestin disekat ditutup. Tapi kuasa besar kesatuan islam, negara islam, hanya mengambil pendekatan berdiam diri dan menjadi proksi penonton drama menarik zionis.

Jika di malaysia, pendekatan kenaikan 20 sen sebagai persediaan jika berlakunya perang di syria. Dan itulah kerisauan paling penting umat islam seluruh dunia hari ini. Kejatuhan ekonomi kapitalis serta tidak dapat bermewah lagi. Tempat simpanan gas dan minyak terbesar  yang bertempat di golan telah pun berjaya diperolehi israel. Now, pelbagai jenis tekanan akan berlaku. Aku heran, apa peranan OIC ?


Kaherah - Barisan Ulama Anti Kudeta menganggap pemberhentian para khatib dan peniadaan solat Jumaat di ribuan masjid di Mesir adalah satu tindakan sistematik di dalam memerangi Islam, berserta tokoh-tokoh dan kegiatan keagamaannya. Hal ini disampaikan dalam satu konferens akhbar Sabtu (7/9/2013) kelmarin, dakwatuna.com melaporkan.

Konferens akhbar ini dilakukan untuk menjawab langkah kementerian wakaf yang menghentikan sekitar 50 ribu imam dan khatib yang bukan merupakan lulusan Al-Azhar dan mendapatkan kepegawaian dari kementerian wakaf, minggu lalu. Akibat langkah tersebut, terdapat ribuan masjid yang tidak dapat melaksanakan solat Jumaat kelmarin, kerana belum ada ketersediaan penggantinya.

Dinyatakan juga, kejadian seperti ini adalah yang pertama sejak masuknya Islam ke Mesir. Bahkan pada masa penjajahan pun hal seperti ini tidak berlaku.

Dalam keterangan itu, disebutkan bahawa di Mesir terdapat 150 ribu masjid dan musolla. Dari jumlah tersebut hanya 55 ribu masjid saja yang imam dan khatibnya secara rasmi dilantik oleh kementerian wakaf. Ada sekitar 50 ribu masjid yang diimami oleh para imam dengan sistem penggajian yang terbatas, atau lebih tepatnya secara sukarela.

Kerana masih banyak yang menjadi tenaga sukarela, maka pada masa pemerintahan Presiden Mursi ada 3 ribu imam dan khatib yang dilantik dari sekitar 57 ribu orang yang mendaftarkan diri. Ketika ini seharusnya ada perlantikan yang baru. Tapi yang terjadi, ada 50 ribu imam dan khatib yang dibatal surat izin khutbahnya. Padahal mereka adalaj ulama dan penghafal Al-Qur’an.

Konferens akhbar ini ditutup dengan himbauan kepada para ulama untuk menjadi mereka yang terdepan di dalam menentang kudeta. kerana yang diperangi pemerintah kudeta adalah Islam, ibadah-ibadah, dan para ulama. Bukan masalah politik lagi.

Info Asal : GreenBoc

Post a Comment

5 Comments

  1. malaysia pn sibuk duk apikan syiah dan sunni. zionis nk tunjuk, peperangan di padang arab adalah sebab syiah dan sunni. tapi umat islam buta mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau xhati-hati kita akn terdedah dgn media-media yg menyemai api kebencian kn..
      media oh media

      Delete
  2. Peranan OIC dalam hal ni. diam dan tengok.

    ReplyDelete
  3. sama2 kita berdoa. semoga islam tertegak akhirnya.

    ReplyDelete