BAN Emas - Shine Papers : Rokok Gold 24K Yang Tycoon

Rokok yang berharga US$65 ini boleh dikatakan sebagai rokok termahal di dunia. Ia dibalut dengan menggunakan kertas rokok yang diperbuat dari helaian emas 24 karat. Helaian kertas rokok emas yang dikenali sebagai 'Shine Papers' itu bagaikan telah menjadi satu trend bagi kalangan perokok popular di Britain.

Merokok dengan 'Shine Papers' kini menggambarkan simbol status terbaru, terutama di kalangan pemuzik hip hop. Rapper, Mark Cloudy Goodger berasa bagaikan telah menjadi seorang presiden ketika menghisapnya. “Ini kertas rokok terbaik yang pernah ada. Halus dan mampu terbakar dengan rata,” katanya. Ia dikatakan mampu menaikkan keyakinan diri semasa berbincang sambil merokok dengan 'Shine Papers'.

Rokok termahal ini mampu melonjakkan status mereka yang menghisapnya. Namun, rasa tembakaunya tidak jauh berbeza dengan rokok biasa. Pencipta 'Shine Papers', Dave D menyebut bahawa produknya tidak sesuai untuk penggunaan seharian berikutan harga pasaran emas yang semakin meningkat.

Ketika ini, 'Shine Papers' boleh dibeli melalui online, dengan harga bermula dari US$55 - US$65 / paket.


Info Asal : Sochai

Post a Comment

8 Comments

  1. Rokok membahayakan kesihatan

    ReplyDelete
  2. ni la manusia. bila dh byk duit mcm ni jadi. bila brg bising, semua salah kerajaan.

    ReplyDelete
  3. amboi...dah terlebih kaya sangat ke nie..

    ReplyDelete
  4. woi carlos. ni dh lama laaa

    ReplyDelete
  5. Gila betoi.. Hahaha.. Aku sanggup ambik debu2 depa isap.. Boleh buat emas balik.. Haha

    ReplyDelete