BAN Sipak - Kalau FAM Digantung FIFA, Saper Suka?

 Kalaulah FAM digantung. Saper akan merana. Kalaulah dan kalaulah Presiden FAM tak buat penyokong butthurt. Mesti ramai akan backup FAM. Tapi FAM suka bikin taik. Aku selaku penyokong pun bersorak kalau FAM digantung FIFA.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) boleh digantung oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sekiranya terdapat bukti campur tangan kerajaan dalam apa perkara sekali pun dan jika berlaku ia adalah penamat kepada bola sepak Malaysia.

Demikian ditegaskan Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain FAM, Datuk Takiyuddin Hassan ketika merujuk kepada kuasa FIFA seperti yang terkandung di dalam Artikel 17 Statut FIFA.

Tanpa menafikan kebaikan penubuhan Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara, Takiyuddin berkata, artikel tersebut secara jelas melarang kerajaan di sesebuah negara terlibat dalam mana-mana persatuan bola sepak kecuali pemberian bantuan dan FIFA tidak pernah berlembut sekiranya peraturan itu dilanggar.




Katanya, dua negara Afrika iaitu Cameroon dan Nigeria telah menerima pengajaran apabila penglibatan kerajaan menyebabkan persatuan bola sepak mereka digantung sehingga menyebabkan aktiviti bola sepak di kedua-dua negara tergendala.

"Apa yang berlaku di Nigeria adalah kerajaan negara itu melalui mahkamah telah membatalkan pelantikan Presiden baharu persatuan bola sepak mereka sehingga menyebabkan FIFA tampil dan mengenakan penggantungan kerana melanggar peraturan yang ditetapkan.

"Dalam isu negara kita pula, jawatankuasa ini juga melibatkan bola sepak dan jika seseorang yang digantung daripada persatuan dan apa sahaja aktiviti bola sepak dilantik balik oleh kerajaan, itu boleh diterjemahkan seperti campur tangan kerajaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Takiyuddin mengulas mengenai polemik yang timbul di antara FAM dan Kementerian Belia dan Sukan ekoran penubuhan jawatankuasa itu yang turut membabitkan pelantikan Timbalan Presiden FAM yang sedang menjalani penggantungan, Tan Sri Annuar Musa sebagai anggota jawatankuasa.

Khairy seperti dilaporkan media baru-baru ini menjelaskan pelantikan tersebut tiada kena mengena dengan peraturan penggantungan yang dikenakan FAM terhadap Annuar, namun ia masih belum jelas memandangkan FAM sendiri terikat dengan peraturan dalam FIFA dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin seperti dilaporkan kelmarin berkata, keputusan sama ada sah atau tidak pelantikan itu hanya akan diketahui minggu depan selepas mendapat pandangan daripada AFC.

Sementara itu, Takiyuddin berkata, Annuar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) adalah calon yang baik untuk kemajuan bola sepak negara, namun beliau perlu menerima kenyataan sekiranya pelantikan tersebut melanggar peraturan dalam FIFA.

"Bagi saya beliau adalah pemimpin berjiwa besar kerana bersedia untuk berundur sekiranya pelantikan itu tidak betul kerana memang itulah yang sepatutnya untuk mengelakkan kita dilihat melanggar peraturan FAM.

"Ini semua (penubuhan jawatankuasa) adalah untuk bola sepak dan saya sangat sanjung tetapi kalau tindakan itu beri kesan pada FAM memang tidak baik.

"Jadi kita perlu rujuk terlebih dahulu dengan FIFA, bukan kita mahu sekat seseorang tetapi biarlah mengikut undang-undang kerana bimbang FAM terjejas," kata beliau.

Info Asal : Utusan
BAN Sipak - Kalau FAM Digantung FIFA, Saper Suka? BAN Sipak - Kalau FAM Digantung FIFA, Saper Suka? Reviewed by BANkami Blog on November 27, 2013 Rating: 5

4 comments:

  1. aku 100% sokong FAM kena gantung!

    ReplyDelete
  2. baru sultan bola tu tahu rasenyerr kena kick! nak jadi bos je memanjang.

    ReplyDelete
  3. Biarlah gantung ooiiiii....adapun buat malu je...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.