Hari tu mat said jadi isu, habis kecoh satu terengganu. Lepas tu blogger sizuka kena spin kat satu blogger ada fair.. Dunia dunia dunia.
Dunia ini banyak pancaroba. Halangan demi halangan datang menimpa, harus aku menepis bagai kesatria pedang. Sebagai contoh, dewasa ini penipuan di alam maya semakin berleluasa. Ia bukanlah sesuatu perkara yang boleh diambil ringan kerana ia melibatkan hati dan perasaan seseorang yang bergelar insan.
Perasaan siapa? Tentunya ia tidak melibatkan perasaan aku kerana aku tiada perasaan. Ia melibatkan perasaan kalian. Ya kalian. Sesungguhnya aku adalah insan yang tidak mesra alam. By means, aku suka update blog, update status, update instagram. Namun jarang sekali aku mempunyai inisiatif untuk membalasnya. Maaf, aku tahu aku teruk. Aku tidak mempunyai pr yang bagus dengan para pembaca blog ini. Tapi itulah sifat kelemahan manusia yang harus kita akur.
Terjumpa di twitter. Rajin sungguh 'FatinLiyanaAsri' ini membalas komen dengan menggunakan ayat yang berbudi bahasa. Ini bukanlah sifat aku. Aku tidak rajin membalas apa-apa. Kalau ada pun, seketul dua.
Malah menggunakan wallpaper, background picture dan profile picture muka aku. Sungguh buat malu ini faker. Nampak macam aku obses dengan diri sendiri tau. Kalau nak buat twitter fake pon, jagalah air muka aku sikit. Sudahlah dia mengambil semua gambar instagram aku. Kau hengat senang nak dapat gambau Nadrah Azzahra tengah ketawa??
Jagalah perasaan anda. Jangan sesekali tertipu dengan fakers Fatin Liyana yang sungguh mudah didapati di facebook dan twitter. Elakkan perasaan anda daripada dipermainkan. Akhir kata, jika hendak bercinta, bercintalah di dunia realiti. Sesungguhnya alam maya penuh dengan dusta dan kuasa jahat.
Info Asal : HoneyKoyuki
8 Comments
comelnya budak ni!
ReplyDeletedh popular biasala bhaiii
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletefaker memang banyak di mana2 pun...
ReplyDeletebaru baca kat blog dia tdi,, btw, blogger yang suka kutuk blogger pun ada,, jangan tak tahu pulak,, tittew dah kena,, huhuu
ReplyDeletekunjungan perdana sobat,salam blogger
ReplyDeleteblogger oh blogger
ReplyDeletesat2 nak terjah entry dia...amal singgah sini..
ReplyDelete