Tapi tulah khayalan manusia. Nak jadi tuhan la, nak jadi nabi akhir zaman la, nak jadi perdana menteri antara planet terakhir la. Bangang ke ape. Yahudi lautan afrika maner pi sampuk manusia macam ni. Yang tak tahan tu, ada yang percaya. Pening aaaaa....
Seorang lelaki dikenali 'Tuhan Harun' yang ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abdul Majid dilaporkan stabil selepas dimasukkan ke hospital dipercayai akibat diserang strok.
Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr. Nor Hizan Ismail berkata, lelaki itu kini dalam pemerhatian sepasukan pakar di hospital berkenaan.
"Dia masih dirawat. Setakat ini, kita masih menunggu laporan diagnosis.
"Kita belum dapat memastikan lagi apa masalah kesihatannya (Harun) sehingga ujian diagnosis dilakukan," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Info Asal : Kosmo