Bila artis bertudung je, konfem kecoh satu akhbar. Termasuk aku sendiri pun tulis. Benda elok tu bagus la. Tapi jangan bertudung pakai jubah ketat. Jubah kain gila nipis. Lagi seksi adalah aku tengok.
Aaron Aziz atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz melahirkan rasa syukur apabila isterinya Diyana Halik, 30, akhirnya membuat keputusan untuk berhijab.
Memetik laporan mStar Online, Aaron, 37, berkata, dia ada meminta isterinya untuk bertudung selepas menunaikan umrah dua tahun lalu, namun tidak memaksa wanita itu untuk berbuat demikian.
"Saya bersyukur akhirnya dia ambil keputusan untuk bertudung dengan ikhlas tanpa sebarang paksaan.
Sementara itu, menurut Diyana, tindakan mengenakan selendang di kepala ketika berada di pesawat dalam perjalanan pulang dari percutian di Hong Kong menjadi titik mula hatinya terbuka untuk terus bertudung.
Tambahnya lagi, Aaron kerap kali menghantar video-video dan bercerita tentang hari kiamat menguatkan lagi hatinya untuk berhijrah.
"Sejak kebelakangan ini, Aaron banyak bercerita tentang petanda kiamat dan perkara itu menguatkan hati saya untuk bertudung.
"Sebelum ini memang saya sudah ada niat untuk berubah, cuma hati masih belum benar-benar bersedia," katanya yang belum berkesempatan membeli tudung untuk membolehkan imejnya kelihatan lebih sempurna,” katanya.
Info Asal : SinarHarian
5 Comments
bagus la mcm ni... sejuk hati suami.
ReplyDeleteboleh tahan jugak bini aaron ni.
ReplyDeleteMenurut Muhammad Nashiruddin Al-Albany kriteria Hijab yang benar hendaklah menutup seluruh badan, kecuali Wajah dan dua telapak. Hijab bukan merupakan Perhiasan, tidak tipis, tidak ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh, tidak dispray perfum, tidak menyerupai pakaian kaum Pria atau Pakaian Wanita - wanita kafir dan bukan merupakan Pakaian untuk mencari populariti.
ReplyDeletelagi satu yang muskil duit dari lakunan,yg melibatkan artis2 sexy,dedah aurat,pegang tangan.....?
Klau iktkn mmg mcm tu. Tp berapa kerat yg tahu tp buat2 xtahu. Semua sbb duit. Ko tgk pertndngn hijabster sudah.. pakai sluar sendat then tudung lingkup ala langsir hotel.
Deletepeh aaron psiko bini dia menjadi, sapa2 kawen dpt bini x bertudung leh la, psiko post benda2 peringatan hal agama :)
ReplyDelete