- Akibat gagal menghafal A, B, C hingga Z dengan lancar apabila bacaan terhenti sekadar pada huruf D, seorang kanak-kanak lelaki berumur empat tahun didakwa dipukul guru tuisyen sehingga luka dan lebam di beberapa anggota badan, kelmarin.
Dalam kejadian di pusat tuisyen di Sri Gombak, di sini, Issac Chan Yi Bing dikatakan turut dicakar selain dirotan guru wanita yang sarat mengandung itu.
- Ibunya, Ong Mei Li, 30, berkata akibat perbuatan guru itu belakang badan anak tunggalnya bercalar dan berdarah, selain lebam di tangan, telinga serta pipi.
Menurutnya, kecederaan Issac dikesan selepas kanak-kanak itu pulang daripada pusat tuisyen dalam keadaan menangis dan ketakutan kira-kira jam 7 malam.
- “Sebaik saja dia pulang ke rumah, saya hairan mengapa Issac tidak mahu didukung seperti kebiasaan sedangkan dia seorang yang manja dan aktif.
Info Asal : HMetro
7 Comments
kejam
ReplyDeleteaku rs cikgu lpas ni kena buat tapisan ujian mental.. bukan setakat akedamik.. nak berdepan dgn kerenah budak ni.. akedemik tinggi tapi mental low.. punah ranah budak ni keroyong
ReplyDeletecikgu yg emosi tak stabil. budak kecik jadi mangsa.
ReplyDeletekalau anak aku, tahulah nasib cikgu tu!
ReplyDeleteape ko nk buat?
Deletebuat apa, tendang perut dia yg boyot tu sampai abort! lagi kejam kan!
ReplyDeleteanak org lain dia buat mcm tu, esok2x anak dia pulak kena balun..jangan hina anak org lain bengap x reti a b c, esok2x anak sendiri kena sindrom down, padan muker kot..
ReplyDelete