BAN GeliHati - Sultan Melaka Nak Kena Ambil Tindakan.

Hadoiii.. Semalam berita nak siasat pemilik akaun facebook empayar langkasuka. Takde kerja ke aper. Dah nampak pages tu troll pages. Yang serius sangat tu apehal. Kena sarkis skit dah butthurt. Apa punya golongan generasi X la.  Acc lama kerajaan nusantara dah kena badigol kat SKMM. Katanya dah keluarkan pages baru pulak.. Pasal melaka ni pulak dah timbul. Jangan lepas ni ada pages seiras nusantara sudah. Tapi sultan melaka cakap dia dapat kelulusan ICJ. Then ramai pulak follower. Kalah kerajaan nusantara. Agak2 hang tuah or 5 hang akan muncul tak dibelakang sultan melaka ni. 

Kerajaan Negeri Melaka hari ini menolak tuntutan Raja Noor Jan Shah Raja Tuah untuk diiktiraf sebagai 'Sultan Melaka'.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu itu. 



  • Raja Noor Jan Shah mencabar Perlembagaan Persekutuan yang antara lain menyatakan Melaka satu daripada negeri ditadbir dan diurus wakil Persekutuan selaku ketua negeri iaitu Yang Dipertua Negeri Melaka yang dilantik Yang di-Pertuan Agong.
  • Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri Melaka akan meneliti perkara itu dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba menimbulkan dakwaan mengelirukan terhadap status kesultanan negeri itu.
  • "Tuntutan sebegini dibuat ketika Melaka menjadi antara negeri termaju di Malaysia...ini tidak lain cubaan mengambil kesempatan terhadap kemakmuran dan keharmonian Melaka," 
  • Idris menerima surat daripada Raja Noor Jan Shah yang mahu perbincangan dilakukan bagi mendapatkan pengiktirafan sebagai 'Sultan Melaka' kerana mendakawa beliau mendapat pengiktirafan daripada Mahkamah Keadilan Antarabangsa.
  • Idris turut kesal dengan tindakan Raja Noor Jan Shah yang cuba mengelirukan rakyat Melaka dan meminta semua pihak supaya tidak sewenang-wenangnya percaya dengan dakwaan tidak berasas melibatkan sejarah kesultanan di Melaka.
  • Melaka hanya mengiktiraf pingat, bintang dan darjah kebesaran yang diberikan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob.
  • "Dalam isu Lembaga Adat Naning memberikan pingat baru-baru ini, kita mengiktiraf lembaga itu hanya sebagai sebuah kumpulan adat sahaja, kita tidak iktiraf mereka memberikan pingat-pingat sedemikian," katanya.
  • Selain Lembaga Adat Naning, kerajaan negeri turut menerima laporan adanya individu dikenali sebagai 'Bonda Ratu Kerajaan Melayu Melaka' memberikan pingat kebesaran di negeri ini.
  • "Mereka yang menerima pingat daripada pihak ini, kita akan pastikan tidak akan menerima pingat daripada Yang Dipertua Negeri Melaka... yang menerima (pingat daripada Yang Dipertua Negeri Melaka) kita akan lihat kemungkinan untuk tarik balik (pingat itu)," 

Info Asal : HMetro

Post a Comment

7 Comments

  1. aku pn nk jadi sultan mcm ni. hahahaha.. semua benda support woi.. saper taknak.

    ReplyDelete
  2. hahahahahahahahahahhaha... kesiann

    ReplyDelete
  3. hang tuah dah kembali ke melaka. tu sultan melaka berani sekarang. hahahaa

    ReplyDelete
  4. Download tuanku! menjunjung titah perintah am bab 9!

    ReplyDelete
  5. Sultan Melaka! tapi duduk kat Gombak! macam mana tu, kat Melaka tak de tempat utk Sultan ni tinggal ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beta xbg dia duk skali dgn beta

      Delete