BAN LupaDiri - Mari Tengok Pembida No.Plat W1N Sampai W10N

Plat no W1N. ofkos ramai yang dah tahu.. Same people.. Sultan Johor menang bid.. Tapi semalam JDT kalah. Itu reality. Ni hah nama pembida dari plat no w1n sampai ke w10n.. Yang w4n aku tengok syarikat yang bida. So try check tengok.. Tup tap orang kelantan. Syarikat construction... Tapi satu jer aku tertarik dgn kata2 sultan johor ni.. Dia cakap, dia bida ni pun untuk faedah rakyat.. faedah? ko pikir la sendiri yea.. Cakap nantikan durhaka pulak.. Kan tak pasal2 kena tuduh menghina sultan...

Nasib baik JKM tak masuk bida sekali. Mana la tau kot2 untuk menyebarkan lebih luas faedah untuk rakyat.. #LOL


  • Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, berjaya memenangi tender nombor Plat W1N dengan harga paling mahal RM748,000.00.

Sultan Ibrahim yang dipetik New Straits Times bertitah, baginda tidak keberatan membayar RM748,000 untuk nombor yang paling diminati itu kerana menyedari jumlah yang dibayar akan disalurkan kembali kepada rakyat.

  • "Orang-orang akan mendapat manfaat daripadanya. Jadi jumlah yang dibayar adalah kecil berbanding dengan faedah yang rakyat akan tuai," katanya dipetik akhbar berbahasa Inggeris itu.
  • Baginda juga menjelaskan telah membida nombor melalui saluran yang betul, iaitu melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
  • "Beta diberitahu bahawa terdapat beberapa pembida yang berminat untuk W1N .

"Beta tidak keberatan membayar untuk nombor plat kerana tahu bahawa jumlah yang dibayar akan disalurkan kembali kepada rakyat.

  • "Beta bukan jenis yang melangkau prosedur untuk mendapatkan sesuatu dengan cara beta. Ini adalah sifat orang Johor, membayar untuk apa yang dikehendaki kerana semua orang patut mempunyai peluang yang sama rata dan seperti kata pepatah, 'hanya orang yang terbaik menang'," jelas baginda.

Nombor plat W1N itu diletakkan baginda pada kereta model Proton Suprima S berwarna biru.

Sebelum ini, Sultan Ibrahim juga memenangi bidaan bagi nombor plat WWW 1.

Info Asal : HarakahDaily

Post a Comment

4 Comments

  1. titah sultan kata faedah.. rakyat kena ikut jer.. angguk kepala.. kalau geleng, nanti sultan merajuk.. susah nak pujuk

    ReplyDelete
  2. cina jer ramai.. org melayu mesti bangga dgn sultan..

    ReplyDelete
  3. asyik sultan jer.. sultan ni kerja dia bid no.kereta ker

    ReplyDelete
  4. titah baginda adalah ayat orang W1N !!! tp aku boleh nak dptkan W4N tu smart lagi~

    ReplyDelete