BAN Pemerintah - Pejabat Kerajaan Thailand Di Tutup Demostraters

Ganas ganas geng tomoi ni.. Sekali nak jatuhkan yingluck secara jemaah. Kalau kat malaysia, mesti dah ada banyak lakonan pirkisa dan pelbagai ngo seruan pahlawan meleis. Ingatkan bersih kat malaysia tu dah ganas. Sekali puak tomoi lagi power sampai nk jatuhkan kerajaan. Logik la kan, kalau dah ramai rakyat tak suka. Tak kan nak buat muka seposen lagi duk terperap kat atas. Tapi kebanyakan perkara mcm ni berlaku kat negara membangun. Mentality nak jadi pemimpin sampai mampos. Nak anak beranak dia peneraju negara sampai kiamat. Dah ibarat kekayaan negara tu hak milik mutlak anak beranak. Tulah banyak berlaku kat negara membangun.

Malaysia jugak aman. Harga barang naik, rakyat malaysia terima dengan penuh tabah. Dulu kini selamanya ditipu.


Penyokong-penyokong Jawatankuasa Pembaharuan Demokrasi Rakyat (PDRC) di tiga wilayah selatan Thailand yang menunjuk perasaan telah bertindak menutup pejabat kerajaan sebagai tanda sokongan kepada rakan-rakan di Bangkok di hari pertama dikri darurat dilaksanakan di ibu negara itu.

  • Seawal 7.00 pagi semalam, penunjuk perasaan telah berkumpul di pintu masuk utama Pejabat Kerajaan di Pattani yang turut menempatkan Pejabat Gabenor wilayah Pattani, bagi menyekat pegawai kerajaan dari masuk untuk memulakan tugas.

  • Pegawai kerajaan dan orang ramai yang hendak berurusan dengan mereka terpaksa pulang.

  • Pada jam 10 pagi penunjuk perasaan yang datang dari semua daerah di wilayah Pattani berarak ke pejabat kerajaan di Bandar Pattani antaranya pejabat Datuk Bandar, pejabat syarikat telekomunikasi, pejabat tanah, pendidikan dan lain-lain untuk "meminta kerjasama" pegawai kerajaan serta pekerja pulang ke rumah dan menutup pejabat selama tiga hari.

 Ini sebagai tanda sokongan kepada ketua PDRC, Suthep Thaugsuban.

  • Salah seorang penunjuk perasaan berkata, mereka tidak akan patuh dan takut kepada perisytiharan Undang-undang Darurat yang dikuatkuasakan di Bangkok dan akan terus menentang kerajaan Perdana Menteri sementara Yingluck Shinawatra.


  • Di Wilayah Yala, ribuan penunjuk perasaan berarak ke pejabat-pejabat kerajaan dan swasta untuk menyeru pegawai dan pekerja berhenti kerja dan pulang ke rumah.

 Akibatnya hampir semua pejabat kerajaan ditutup.

  • Sementara itu, di daerah Sungai Golok, Wilayah Narathiwat, lebih kurang 2,500 orang penunjuk perasaan berkumpul di Pejabat Daerah Sungai Golok untuk menghalang pegawai dari mendaftarkan nama-nama mereka yang berhak mengundi dalam pilihan raya umum 2 Februari depan.

 Namun, tiada keganasan dilaporkan berlaku.

  • Bahagian selatan merupakan kubu kuat PDRC dan kumpulan penentang bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, abang kepada Yingluck.


  • Walaupun Thaksin berada dalam buangan di luar negara, banyak rakyat Thai percaya beliau mempunyai pengaruh besar ke atas kerajaan Yingluck.

Oleh itu, kumpulan penentang beliau seperti PDRC mahukan pilihan raya ditunda dan reformasi dilaksanakan bagi menghapuskan pengaruh Thaksin.
 
Thaksin popular di utara dan parti pimpinan adik beliau iaitu Pheu Thai, dijangka menang dalam pilihan raya akan datang.
 
Keganasan yang berlaku semasa kempen menentang kerajaan Yingluck sejak 30 November hingga sekarang, telah menyebabkan sembilan maut dan hampir 600 cedera.

Info Asal : SinarHarian

Post a Comment

4 Comments

  1. kalau kt malaysia. dah arwah demostrater ni. hahahaha

    ReplyDelete
  2. malaysia pn xterkecuali.. kalau dh bangang sgt memerintah.. tunggu jela jadi mcm thailand!

    ReplyDelete
  3. Malaysia tak boleh, sebab tak de hero berani mati Macam Tony Jaa, kat thailand.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tony ja tgk rosmah pun kecut... hahahaha.. kan malaysia ada rosmah.. geng kangkung lagi..

      Delete