BAN Bingung - Isu Passport, Polis Dan Imigresen Tak Sebulu Sekatil

Sorang kata A then sorang lagi kata B. Haaa . Molek sangat ler cenggitu dek nooooommmm... Tau la tu bukan tugas polis yg check to at least bgtau la kita pn akan turut sama siasat.. passport palsu passport hilang bkn perkara main2.. tu babitkan keselamatan negara .. tak heran passport bleh hilang or tercicir or pendtg asing buat taik tipu sana sini.. kejadian mh370 byk buka mata masyarakat betapa longgarnya pertahanan negara... labur juta2 billion2 tiap tahun.. patut masuk audit total kt imigresen.. dh byk kali kes mcm ni berlaku...


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar enggan mengulas tentang versi bercanggah pasport curi yang digunakan dua rakyat Iran untuk menaiki penerbangan MH370.

"Elok saya jangan bercakap. Tanyalah pada Interpol, tanyalah pada (Jabatan) Imigresan, janganlah tanya pada saya," katanya sewaktu ditanya wartawan tentang perkara itu selepas Malam Anugerah Sukan PDRM 2013, di Cheras malam tadi.

"Saya rasa hari ini saya tak mahu cakap apa-apa juga tentang perkembangan siasatan ini," katanya sambil memberi jaminan beliau akan memberi taklimat tentang perkara itu dalam masa terdekat nanti.

Jabatan Imigresen dan Interpol didapati mengeluarkan kenyataan yang bercanggah mengenai pasport curi yang digunakan oleh dua rakyat Iran untuk menaiki penerbangan MH370.

Bercanggah dengan versi Interpol, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Aloyah Mamat berkata pasangan itu masuk ke Malaysia, masing-masing menggunakan pasport Itali dan Austria.

Aloyah berkata, Pouria Nourmohammadi, 19, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 Februari pada jam 8.28 malam dan mengemukakan pasport Austria.

Rakyat Iran kedua, Delavar Seyed mohammaderza, 29, tiba di KLIA pada 7 Mac jam 10.43 malam dengan pasport Itali.

Aloyah berkata kedua-dua lelaki itu dibenarkan masuk ke Malaysia berdasarkan tatacara operasi standard (SOP) oleh pegawai imigresen yang tidak mengesyaki apa-apa yang tidak kena.

Bagaimanapun, versi Interpol pula, seperti yang dilaporkan oleh Reuters berkata kedua-duanya datang dari Doha ke Kuala Lumpur menggunakan pasport Iran.

Info Asal : Malaysiakini

Post a Comment

4 Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Benda dh bertahik.. saper nk btnggjwb..

    ReplyDelete
  3. nii kena suruh pegawai polis jud paria siasat sebab dia satu2nya penyiasat hebat yg jumpa mani kat punkok shitfool

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha... yg tu bayaq mahai

      Delete