
Makanan berkafein

- Seeloknya elakan terus daripada menjamah makanan ini tetapi jika anda seorang penggemar kopi, mungkin boleh mengurangkan pengambilannya setiap hari.
- Pengambilan makanan/minuman mengandungi kafein yang banyak akan membuatkan bayi anda sukar tidur dan mudah meragam.
Bawang putih

- Bawang putih memang ramuan untuk menyedapkan masakan tetapi jika terlalu banyak dimakan boleh mempengaruhi bau dan rasa susu anda.
- Tentu anda perasan kadang kala bayi seolah-olah menolak dan enggan minum susu anda.
- Mungkin dia tidak gemar dengan bau bawang putih yang kuat.
- Sudah tentu ia mengganggu kelancaran proses penyusuan susu badan secara eksklusif.
Buah masam

- Bagi ibu yang menggemari buah-buahan masam, lupakan seketika kegemaran anda jika mahu berjaya menyusukan bayi tanpa gangguan.
- Jeruk, lemon, mangga muda dan asam segera tidak elok untuk penghasilan susu yang berkualiti.
- Biasanya rasa asam tersebut boleh mempengaruhi perut bayi.
Kekacang

- Kekacang dikatakan menjadi makanan punca alergi.
- Sekiranya ibu yang menyusukan bayi terlalu banyak makan kacang, tidak mustahil bayinya akan terkena masalah alergi.
- Oleh itu sebaiknya elakkan daripada mengudap kekacang.
- Seeloknya makan makanan yang kaya dengan khasiat serta boleh membanyakkan penghasilan susu seperti kismis, kurma, apricot dan bermacam lagi.
Info Asal : Pa&Ma
4 Comments
best tak susu ibu?
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletegebunyer..
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete