Paling heran lagi, radar ketenteraan negara lain. Now kita hidup zaman maju, setiap tentera semestinya ada kelengkapan radar yang canggih untuk jaga ruang udara negara mereka dari ceroboh. Mustahil ketenteraan thailand or indonesia sendiri takde kelengkapan canggih mengesan objek melintasi ruang udara negara mereka. Now india dah bagitau, mh370 takde masuk dalam ruang udara negaranya.
So, timbul pulak cerita lain.. Hah amikkau.. Lapangan terbang rahsia..Semua tempat dikorek.. mayday mayday... Tok bomo beraksi di perak lagi.. Penampar buaya tak dapat kesan.. Tikar terbang tak balik rumah lagi.. mayday mayday..
Tidak mungkin pesawat MH370 melintasi ruang udara India tanpa dikesan oleh radar awam dan tentera negara itu.
Editor Hal Ehwal Keselamatan dan Strategik NDTV, Nitin Gokhale berkata :
- India mempunyai dua jenis satelit iaitu sekunder dan primer bagi mengesan pergerakan pesawat yang melalui ruang udara negara itu.
- “Pesawat MH370 mungkin boleh mengelak daripada dikesan oleh radar pemantauan sekunder tetapi ia masih boleh dikesan oleh radar pemantauan primer yang digunakan tentera.
- “Radar tentera akan dapat mengesan sebarang pergerakan pesawat yang tidak dikenali melalui ruang udara kami,”
Setiausaha Persatuan Pengawal Trafik Udara di Kolkata, Sugata Pramanik berkata :
- Tentera Udara India mempunyai radar di beberapa tempat di serata negara dan
- Adalah mustahil tidak ada satu pun antara radar itu yang mengesan bip ganjil yang tidak ada kebenaran terbang di ruang udara negara itu.
Dalam satu petikan cerita lagi : LAPANGAN TERBANG RAHSIA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan satu pasukan penyiasat khas untuk menjejak kemungkinan wujud lapangan terbang rahsia di koridor utara dan selatan yang kini menjadi kawasan tumpuan pencarian pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 10 hari lalu.
Agensi media antarabangsa sebelum ini melaporkan :
- Ada lebih 600 lapangan terbang di koridor utara yang menjangkau dari sempadan Kazakhstan-Turkmenistan sehingga utara Thailand dan koridor selatan yang mengunjur dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
- Bagaimanapun, Jumlah berkenaan turut mengambil kira semua lapangan terbang awam, komersial dan pangkalan udara tentera beberapa negara.
PDRM memberitahu :
- Jika pesawat MH370 mendarat di lapangan terbang awam, komersial atau milik tentera, sudah tentu pendaratannya diketahui umum.
- “Jadi, pasukan khas itu menyiasat kemungkinan ia mendarat di lapangan terbang rahsia yang mungkin wujud, termasuk milik persendirian atau lapangan terbang lama yang diguna semula,”
Info Asal : HMetro, SinarHarian
4 Comments
mcm2 spesikulasi. dh pening kepala otak aku
ReplyDeleteada kat Mongolia...
ReplyDeleteada kt thailand kot.. thailnd sdg bergolak ni. tak sempat nk amik tau psl ruang udara
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete