BAN Sadis - Polis Mati Di Tetak Di Kepala Oleh Warga Asing.

Selepas 50 tahun merdeka.. Rakyat malaysia nak hidup aman berkeluarga malaysian dah takde. Kat KL dipenuhi warga asing. Ada jer bandar baru nak naik, warga asing dicurah bagai air mengalir. Natijahnya, kerana bisnes pihak atasan. Nak kata rakyat malaysia ni semua bekerja, berlambak penganggur.. Senang aku katakan, pembangunan tidak teratur, sebab tu kawasan pedalaman ramai menganggur and mereka taknak berhijrah ke bandar maju.

Kes tembak pegawai bank, penembak tu tak kena jatuh hukuman lagi. Duk naik turun mahkamah. Now kes bunuh tetak polis pula. Sekarang ni pun, kat area rumah flat di KL dah ada gangster indonesia, gangster bangla. Ada dasar kenegaraan.

Aku rasa dah tiba masanya malaysia menyekat 100% kemasukan pendatang asing. Stop political bodoh dan bangunkan setiap negeri supaya takde rakyat tercicir dalam pekerjaan. Tapi when idiot become a leader.. Kepala otak dah terlekat rapat dengan kepartian. Jadi makin bangang la lepas ni.

ANAK Raja Aizam mengiringi jenazah ayahnya.
Koperal Aidil Mustafa, 29 : 
“Syukur nyawa saya masih panjang apabila pistol tidak meletup ketika penjenayah itu melepaskan tembakan yang disasar tepat ke kepala saya,” 
Dia seorang daripada dua anggota polis yang diserang sekumpulan lima warga Indonesia di Taman Sentosa, dekat sini awal pagi semalam, menyebabkan rakannya Koperal Raja Aizam Raja Mohid, 53, meninggal dunia akibat ditetak di kepala.

Kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu turut mengakibatkan dua daripada penjenayah terbabit mati selepas ditembak Aidil yang berjaya merampas semula senjata, namun dia turut cedera di muka akibat ditikam dengan pisau.

“Lelaki yang merampas pistol (milik Raja Aizam) itu memetik picu sambil pistol dihalakan tepat ke kepala. Saya terdengar bunyi tap! tap! Apabila pistol tidak meletup, saya rampas semula senjata itu dan menendangnya hingga terjatuh.

“Pada masa sama datang seorang rakan lelaki terbabit menerkam lalu memeluk saya sebelum saya ditikam dengan pisau. Saya kemudian melepaskan tembakan ke arah kedua-dua mereka,” katanya.

Info Asal : HMetro

Post a Comment

9 Comments

  1. polis pn mereka berani bantai. org awam lagilah.

    ReplyDelete
  2. lama ko xupdate carlos. maner pergi. cer criter

    ReplyDelete
  3. Masa tahun 1998 aku tengok dgn mata aku polis tarik..heret...terajang...sepak...penunjuk perasaan yg cuma berdiri buat demo. Meleleh air mata aku...polis buat mcm tu. Sedangkan orang itu dgn baik mengikut bika ditarik. Sampai berdarah dan lebam org tu polis tu menggasak...berperikemanusiaan kah.???

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru polis tu reti. skrng kna bantai dgn warga asing. rakyat malaysia sendiri bkn main mereka sepak terajang. ikut ckp org atasan.

      Delete
    2. Apasal ko nak sangkutkan hal polis tu dengan kes polis kena tikam kat sini? faham bahasa ke tidak?
      Itu cerita lain, ini cerita lain. Kalau nak ikutkan aku pun pernah kena himpit polis masa naik motosikal, nyaris tak masuk longkang, Tapi aku tak MARAH, hamun diaorang, mungkin pada masa tu, ada kes samun ataupun penjenayah sedang melarikan dalam "hot area" kebetulan aku ada kat situ,memanglah kena.
      Polis pun manusia juga, ada buat kesilapan.

      Delete
  4. Tak semua Polis Jahat.., Nama pun manusia...tak semua perfect..., Tak Salah aku rasa orang asing nak kerja sini...cuma..kena kawal lah...kena utamakan rakyat Malaysia dulu!!! 80% Rakyat Malaysia 20% Warga Asing..macam tu..ok lah...aku rasa...

    ReplyDelete
  5. Al-Fatihah buat Koperal Raja Aizam Raja Mohid

    ReplyDelete
  6. wartawan tya pandangan zahid hamidi tentang hal ni, zahid sempat tempelak pembangkang..apa jenis menteri mcm ni sume bnd nk politik?

    ReplyDelete
  7. Kpd anony march 5, 11.10am jgn nak salahkan polis sangat ada yg baik dan segelintir yg kurang baik...jgn dok marah sampai tak ingat dunia len kali kalau ko kena pukul ke samun ke ko juga gi repot kat polis gak...tak gitu????

    ReplyDelete