Semalam PM najib umum MH370 berakhir di lautan hindi and then tian chua mempersoalkan PM kenapa tidak announce dalam parlimen.. Then kes tu jadi political pening.. Kes MH370 juga tidak banyak dibincangkan di parlimen atas alasan tidak mahu mengganggu proses pencarian.. Akhirnya australia yang berjaya menjejaki titik terakhir mh370 dan berakhir di lautan hindi..

Persoalan yang musykil banyak bermain di fikiran rakyat malaysia. Bukan saja isu misteri mh370, tetapi isu keselamatan ruang udara dalam negara. Aku sendiri heran kenapa pusat kawalan terlalu lambat memberi signal kepada tentera yang mana MH370 hilang dari radar.. Now tersasar terus ke lautan hindi..

Daripada FB Dr Agus, berikut sedikit persoalan yang di pertikaikan :
Isunya sekarang, mengapa MH370 tersasar begitu jauh? Apakah puncanya? Adakah kokpit terbakar yang menyebabkan terputusnya alat hubungan, adakah sabotaj atau adakah perbuatan anak kapal yang menyebabkan terjadinya tragedi ini?
Kita tidak boleh menjawab pertanyaan di atas sehinggalah alat perakam data dan kotak hitam ditemui. Sehingga kita ketemui kotak ini, janganlah kita berteori lagi. 
Hijack, Remote, Motif ?