BAN Sadis - Nak Sayang Tu Boleh, Jangan Gadai Semua

Bila dah berumur, kepala otak mula memikirkan tentang rumahtangga.. Tengok kekawan semua dah merendet dengan anak masing-masing.. Suka suki selfie gambar dengan anak.. Tapi nak kawin ni bukan senang bang kak woi... Kena prepare bukan setakat nafsu cinta.. Wang ringgit harta benda, semua benda ko nak kongsi lepas ni.. Silap-silap spender pun kongsi.. Time bercinta memang la best cakap.. Mulut manis bak kurma, hati lembut bak salju..

Tapi episod brother ni aku tak paham.. Apa yang rugi 10K tu.. Takkan dia beli semua hantaran and bagi terus kat pompuan tu.. Takkan tak kenal rumah pompuan tu.. Pi la mintak balik.. Sayang sangat kot...


“Dia beri saya harapan untuk menjadi pasangan hidupnya. Dia kata dia benar-benar sayang menyebabkan semua kehendaknya saya turuti.
Hanif (bukan nama sebenar) yang impiannya musnah untuk mengahwini seorang wanita yang dikenali menerusi Facebook sejak Jun tahun lalu.

  • “Beberapa bulan berkenalan dengannya, saya tidak mensyaki apa-apa hingga habis wang simpanan ribuan ringgit diberikan kepadanya dengan alasan mahu membuat persediaan perkahwinan nanti,” 

Bukan hanya terperdaya dengan janji-janji manis wanita berusia 23 tahun itu, Hanif, 23, turut mendakwa mengalami kerugian lebih RM10,000 membabitkan wang tunai serta barang kemas.
Detik awal perkenalan mereka, semua perkara dilalui begitu indah dan membuatkan dirinya yakin wanita itu benar-benar mahu menjadi suri hidupnya.
Menurut Hanif, dia jatuh cinta dengan wanita berkenaan kerana sering mengambil berat mengenai hidupnya selain memiliki sikap penyayang. Ini membuatkannya mahu memperisterikan wanita yang berasal dari selatan tanah air itu. (JDT detected)

Info Asal : HMetro

Post a Comment

5 Comments

  1. JDT jugak jadi mangsa

    ReplyDelete
  2. kesian.. 10K melayang. semua gara2 cinta facebook

    ReplyDelete
  3. kesian 10k melayang , kena juga muhasabah diri ni

    ReplyDelete
  4. Kasihan laki ni, tak pe, kau saman balik pompuan tu, sebab tak jadi kahwin. Ingat saman jangan sikit, paling rendah pun RM 393,000. (munasabah) kalau ko saman juta-juta, nanti tak dapat pula!

    ReplyDelete
  5. apa barang Rm 393,000 sikit! RM 600.000. baru kena!

    ReplyDelete