Ibu kepada enam anak orang kelainan upaya (OKU) yang menghidap penyakit genetik dan hiperaktif berkata :
“Pernah seorang daripada mereka tak tidur selama sebulan, menyebabkan saya terpaksa berjaga lewat malam hingga akhirnya saya sakit,” kata Fauziah Ngah, 56,
Itu antara dugaan dan kepayahan dilalui ibu mithali ini menjaga Yazid Aziz, 30, Sufiya, 27, Surani, 25, Mohd Syukri Hafiz, 23, Rizal, 20, dan Mohd Amir Haikal, 11, yang sepatutnya dicontohi golongan ibu sempena Hari Ibu, hari ini.
Biarpun terpaksa melayan pelbagai kerenah mereka yang mempunyai karakter masing-masing, ia tidak membuatkan Fauziah baran dengan keletah nakal enam daripada lapan anaknya.
Sebaliknya, ibu tunggal ini menganggap mereka nadi hidupnya dan amanah Allah yang perlu dijaga walaupun terpaksa berkorban wang, masa dan tenaga.
“Saya menerima mereka seadanya. Biarpun tidak sempurna seperti orang lain, mereka ada tempat yang sempurna di mata saya. (HMetro)
5 Comments
Dugaan hidup.. kita yang serba serbi lengkap ni. Jangan takbur. bantu yang susah. hidup ni karma
ReplyDeletekesiannya
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletekasih ibu tiada bandingannya ...
ReplyDeletesedihnya, berat mata memandang berat lagi bahu memikul... bagi yg memandang hina kat golongan ni, golongan istimewa ni nnt konfem dah masuk syurga, kita ni pulak... hermmmmmmmmm...
ReplyDeletebtw hai carlos, lama dah aku tak komen sini.. hahah