Toncoin kini menjadi antara aset kripto paling hangat diperkatakan selepas beberapa perkembangan besar dalam ekosistem Telegram dan The Open Network.
Antara faktor utama yang mencetuskan lonjakan harga TON ialah pengumuman pengasas Telegram, Pavel Durov, bahawa Telegram akan mengambil alih operasi utama TON secara langsung, menggantikan peranan TON Foundation sebagai pemacu utama rangkaian blockchain tersebut.
Yuran Transaksi TON Kini Hampir Sifar
Salah satu pemangkin terbesar kepada sentimen bullish ialah pengurangan yuran transaksi sehingga enam kali ganda. Kini, transaksi di rangkaian TON hanya menelan kos sekitar 0.00039 TON, menjadikan ia antara blockchain paling murah untuk digunakan.
Perkara ini membuka ruang besar kepada:
- transaksi mikro,
- pembangunan aplikasi Web3,
- gaming blockchain,
- sistem pembayaran dalam Telegram,
- serta penggunaan harian berskala besar.
Telegram + TON = Ekosistem Web3 Gergasi?
Roadmap terbaru “MTONGA” yang diumumkan untuk Mei 2026 dijangka membawa integrasi lebih mendalam antara Telegram dan TON. Ia termasuk:
- sistem pembayaran terus dalam Telegram,
- tools developer baru,
- peningkatan infrastruktur blockchain,
- dan pengembangan ekosistem aplikasi decentralized (dApps).
Dengan lebih 900 juta pengguna Telegram di seluruh dunia, ramai penganalisa melihat TON berpotensi menjadi blockchain sosial terbesar jika integrasi ini berjaya dilaksanakan sepenuhnya.
Whale, Leverage dan Short Liquidation Cetus Rally
Lonjakan harga Toncoin juga didorong oleh aktiviti whale dan posisi leverage besar dalam pasaran derivatif. Data pasaran menunjukkan berlaku short liquidation bernilai jutaan dolar apabila harga TON melonjak secara agresif.
Pada masa sama, beberapa pelabur besar mula membuka posisi long bernilai jutaan dolar untuk menangkap momentum kenaikan semasa.
Bitcoin dan Sentimen Risk-On Turut Membantu
Kenaikan semula Bitcoin melepasi paras psikologi USD80,000 turut memberi kesan positif kepada keseluruhan pasaran kripto. Apabila sentimen “risk-on” kembali, modal mula mengalir semula ke aset blockchain berpotensi tinggi seperti TON dan ekosistem berkaitan.
Adakah TON Boleh Jadi Pesaing Solana dan Ethereum?
Walaupun masih jauh untuk menyaingi Ethereum atau Solana dari segi ekosistem global, ramai pelabur kini melihat TON sebagai projek “sleeping giant” kerana kekuatan komuniti Telegram dan potensi penggunaan massa.
Jika Telegram benar-benar menjadikan TON sebagai tulang belakang sistem pembayaran dan Web3 mereka, Toncoin mungkin menjadi antara aset kripto paling mendapat perhatian untuk fasa bull market seterusnya.

0 Comments