BAN Sadis - Gadis Pailang Remaja Sekolah (Video)

Ganas ker, bangang ker.. Bahlol ker.. Nak tunjuk lagak samseng taik cadburry ker... Ker terpengaruh dengan filem gangster tahap cipan... Sorang gadis disepak terajang by other gadis secara berjemaah.. Macam gampang... Aku ada share that video semalam dalam fb bankami.. Now berita ni dah kecoh sampai hmetro pun sebar.. Apa lagi bapak polis... Pi la buat tangkapan.. Kalau bab politik tak sampai seminggu dah kena tangkap.. Yang ni takkan susah kot... Ibubapa dh bleh start hantar anak gadis belajar tomoi. Sebagai persediaan.

Disepak, dipijak dan diheret atas lantai. Itu nasib seorang pelajar perempuan yang menjadi mangsa belasahan sekumpulan pelajar samseng dalam kejadian dipercayai berlaku dalam kawasan sekolah dan dirakam oleh seorang daripada suspek.



Video yang tidak diketahui tarikh rakaman dan kini tersebar di laman sosial Facebook (FB) itu menunjukkan mangsa berdiri dikerumuni pelajar lain yang berkata sesuatu yang kurang jelas sebelum bertindak membelasahnya.

Dalam video berdurasi satu minit 17 saat, pelajar perempuan yang merakam kejadian berkenaan turut memperkenalkan dua rakannya sebagai ‘gengster’ dan ‘kak yong’ dan memanggil dirinya sebagai ‘pailang’ yang bermaksud samseng.

Mangsa yang bertudung ditendang oleh seorang pelajar sebelum ditarik rambut, ditumbuk dan ditendang oleh sekurang-kurangnya empat orang serta diheret atas lantai dengan menarik rambutnya.

Mangsa yang dibelasah selama kira-kira 30 saat tidak melawan dan kedengaran menangis teresak-esak pada penghujung rakaman berkenaan.

Video yang dipercayai dirakam menggunakan telefon bimbit mengundang kemarahan pengguna FB yang mendesak agar pihak berkuasa segera menyiasat kejadian berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya.

“Xpe.. nanti aku nk repot polis. "

Muka dua orang budak ni aku dah buat screen shot...so senang nak cari,” kata seorang pengguna dikenali sebagai Mustapa Kamal.

Bagaimanapun lokasi kejadian dan sumber video berkenaan masih belum diketahui. (HMetro)

BAN Sadis - Gadis Pailang Remaja Sekolah (Video) BAN Sadis - Gadis Pailang Remaja Sekolah (Video) Reviewed by BANkami Blog on June 02, 2014 Rating: 5

3 comments:

  1. ape nk jadi remaja kita sekarang. tapi dlu pn ada ganas. cuma xtersebar jer

    ReplyDelete
  2. bahana banyak mkn dna babi

    ReplyDelete

Powered by Blogger.