BAN Sihir - Pukau Mandrem Zaman Era Moden

Pukau make pupil dream... Dah lama benda ni.. Dari zaman tok kaduk dulu.. Pukau banyak digunakan untuk merompak.. Samada ko sorang2 or kedai2 yang diaorang rasa ilmu pukau diaorang bleh pakai.. Nak pukau seseorang tu pun bukan senang.. Kena tengok tahap kepoweran aura dalam tubuh.. Ada sesetengah individu memang kalis segala ilmu setan.. Ada yang tubuh lemah, mudah jer kena santau, pukau...

Kalau nak kata petua tips.. Aku rasa berlambak.. Nanti aku try cari and update dalam blogpetua... Petua mengelak pukau..

Seorang pembantu kedai emas mendakwa dirinya seperti dipukau selepas hanya melihat dua lelaki melarikan dua utas rantai bernilai RM20,000 dalam kejadian di sebuah kedai emas di Jalan Tembikai, Taman Mutiara, di sini, semalam.

sumber gambar : norfanil
Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, dua lelaki berkenaan masuk ke dalam premis terbabit dengan berpura-pura sebagai pelanggan sebelum meminta wanita berusia 36 tahun itu mengeluarkan lima utas rantai dipamerkan di meja pameran kedai berkenaan.

Namun, mereka yang berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris itu dikatakan berpura-pura meneliti rantai berkenaan sebelum beredar dari premis terbabit menggunakan sebuah kereta.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Superintendan Baharom Abu ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan sedang melakukan gerakan susulan memburu dua suspek terbabit.

Beliau berkata, hasil siasatan awal, pihaknya percaya dua lelaki berkenaan warga Pakistan berusia 20-an dan 30-an, malah ketika berurusan di kaunter, suspek terbabit menggunakan bahasa Inggeris. (Hmetro)

Post a Comment

5 Comments

  1. tak fasal2.. 20k melayang. takde pendinding ker kat kedai dia

    ReplyDelete
  2. Dia ada bayar zakat tak?

    ReplyDelete
  3. rakyat Malaysia lagi teruk kena pukau dengan UMNO/BN masa PRU
    janji dicapati

    - ahli GAbungan Mamak PenANG (GAMPANG)

    ReplyDelete