BAN Parah - Padah Dan Kesan Tidak Bayar Kad Kredit.

Untuk kebanyakan orang, ia merupakan kemudahan yang membolehkan kita “beli sekarang, bayar kemudian”, di samping menikmati pelbagai keistimewaan ekslusif yang ditawarkan oleh pelbagai rangkaian peniaga. Tapi bagi mereka yang kurang berdisiplin, kad kredit adalah bagaikan bom yang nak meletup depan muka dengan timbunan bayaran faedah yang besar jika anda berbelanja sesuka hati dan tak dapat buat bayaran penuh pada hujung bulan.


Di Malaysia, bank umumnya perlukan pengguna kad kredit buat bayaran minimum 5% (atau jumlah minimum RM50) dari bil kad kredit setiap bulan. Jika anda tak bayar penuh jumlah perbelanjaan, anda akan dikenakan bayaran yang dipanggil “Caj Kewangan” berdasarkan struktur kadar faedah berperingkat seperti ini*:


Ringkasnya, anda kena bayar kadar faedah tahunan minimum sebanyak 13.5% atas baki belum jelas setiap kali anda buat keputusan untuk tidak membayar penuh bil kad kredit anda.

Untuk fahami lebih lanjut akibat tak buat bayaran penuh, lihat babak-babak berikut:

Babak A:

  • Anda ada baki belum jelas kad kredit sebanyak RM10,000
  • Anda buat keputusan nak bayar hanya bayaran minimum setiap bulan
  • Anda telah membayar bil kad kredit ikut jadualnya dan layak dikenakan kadar faedah Peringkat I, 13.5%
  • Jika tiada lagi perbelanjaan baru, anda masih perlukan masa 82 bulan nak langsaikan baki yang ada, dan akan dikenakan caj kewangan sebanyak RM2,752.08.

Babak B:

  • Anda ada baki belum jelas kad kredit sebanyak RM10,000
  • Anda buat keputusan nak bayar hanya bayaran minimum setiap bulan
  • Anda telah membayar bil kad kredit tak ikut jadual dan dikenakan kadar faedah Peringkat III, 17.5%
  • Jika tiada lagi perbelanjaan baru, anda perlukan masa selama 88 bulan nak langsaikan baki yang ada, dan akan dikenakan caj kewangan sebanyak RM3,896.83

Pada umumnya, pengguna kad kredit yang mudalah yang paling senang terperangkap dalam babak hutang yang parah. Menurut artikel “Credit Card Debt Churning Out Bankrupt Graduates” dalam akhbar The Star pada bulan November 2012, ramai graduan universiti di Malaysia telah diisytihar bankrap akibat “perbelanjaan kad kredit yang berat”. Ini boleh dikatakan berpunca dari tiada pengurusan kewangan atau kebanyakannya tidak memahami sistem kad kredit.

(iMoney)

Post a Comment

5 Comments

  1. xpayah buat kad kredit la... kad kredit ni sistem nk bingungkan manusia.. yg pi buat, saper suh.. nak berlagak?

    ReplyDelete
  2. yg apply kad kredit saper suruh.. tapi berlambak jer berlagak time nak bayar.. tunjuk kad kredit konon... tambah lagi yg platinum.. fuhhhh... dia punya lagak... kalah bill gates

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang apply, tapi yang tak apply, tapi dipaksa a.k.a. dirogol secara paksa macam mana pulak. Contohnya aku beli kereta, loan public bank. Tetiba je ada kad kredit public bank sampai siap nama aku sekali. aku tak apply pun.
      Apa lagi, mengamuk sakanlah aku, sebab dipaksa bayar caj utk membuat kad itu sahaja RM 50.00.
      Aku tak puashati, pergi dia punya main kat depan KLCC. kat situ, juga aku hamun pegawai bank tu, kalau nak berniaga jangan cara paksa. Ini tidak, menyusahkan aku nak kena pergi batalkan kad tu. Kalau nak tahu, Israel yang telah memperkenalkan sistem kad kredit ni.

      Delete
    2. ada ke kes mcm tu.. kenapa tak report pada bank negara. biar kena jer diaorang.. tapi public bank ni mmg xsecure aku rasa... Sbb kawan aku ada bagitau.. public bank tersalah masuk duit dalam akaun dia.. dia pergi check tengok balance gila banyak.. then orang public bank bagitau ada tersalah masuk duit.. tuptap.. terus duit tu dikeluarkan balik tanpa any documentation..

      bukan ker tu diistilah menceroboh.. kawan aku bukan nak duit tu.. tapi dia musykil dengan cara pegawai bank tu keluarkan duit.. sepatutnya dia yang keluarkan then bankin dalam akaun yang betul..

      Ni kisah public bank..

      saper yg ada acc dengan public bank.. beware...

      Delete
  3. Itu menunjukkan pegawai bank tersebut seorang yang bangang dan tolol, sambil bagi pinjaman, dia selitkan pula kad kredit orang tu tanpa izinnya. Sudahlan kadar interest bulan lepas, dinaikkan oleh Bank Negara, sudah tentu akan menguntungkan mereka jikalau, peminjam yang teraniaya tu tak tahu apa-apa.

    ReplyDelete