Mohon pasang lagu sedih buat pengkritik TKSI !

Sultan Selangor perkenan Tan Sri Khalid kekal sebagai MB Selangor sehingga ada undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri Selangor.

Ekoran disingkirkan daripada PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk membincangkan kedudukannya sebagai menteri besar.

Khalid yang juga ADUN Pelabuhan Klang tiba di Istana Alam Shah pada jam 8.45 pagi sementara Sultan tiba di istana itu 15 minit kemudian.

Sultan mengadakan mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor pada jam 10 pagi untuk membincangkan mengenai jawatan menteri besar yang disandang Khalid.




(Omakkau)