BAN Politik - TKSI : Exco Tak Suka Saya, Boleh Letak Jawatan

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menasihati mana-mana Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) yang tidak menyokongnya supaya meletakkan jawatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu berkata, beliau akan bertemu dengan 10 exco Selangor esok untuk mengetahui pendirian mereka, sama ada mahu meneruskan tugas atau letak jawatan.

Khalid berkata, beliau yakin masih mampu meneruskan pentadbiran seperti biasa selepas mendapat sokongan daripada empat exco PAS iaitu Sallehen Mukhyi, Dr Ahmad Yunus Hairi, Dr Halimah Ali dan Iskandar Abdul Samad.

Menurut undang-undang negeri, Khalid hanya memerlukan sekurang-kurangnya empat exco‎ untuk menjalankan urusan negeri.
"‎Bagaimanapun saya akan mengambil peluang bertemu dengan wakil exco yang ada sekarang daripada PKR dan DAP untuk bertanyakan tentang kesediaan mereka bersama-sama saya untuk mengendalikan mesyuarat exco dan pentadbiran Selangor," 
katanya pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam, hari ini.




(MalaysiaInsider)

BAN Politik - TKSI : Exco Tak Suka Saya, Boleh Letak Jawatan BAN Politik - TKSI : Exco Tak Suka Saya, Boleh Letak Jawatan Reviewed by BANkami Blog on August 11, 2014 Rating: 5

10 comments:

  1. wan azizah kot org pertama letak jawatan... kakwan nk jaga cucu

    ReplyDelete
  2. episod ni xberakhir lagi.. tengokla lepas ni..

    ReplyDelete
  3. confem akan ada undi tak percaya lepas ni/

    ReplyDelete
  4. Apa jenis org TSKI ni. Awak kira org lain tak suka, letak jawatan tapi dia tak kira yg di sepatutnya letak jawatan sbab org tak sukakan dia. Bagi sy walau sehebat dan sebaik mana pun kita, jika ramai org tak suka kita lebih baik kita yg pergi. Seorg pergi lebih baik dari 10 org yg pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sultan perkenan dia jd MB. yg lain nk melawan? pakatan selangor dh kena sultanzoned!

      Delete
    2. apa ko melalut anon woi.. sorang pergi 10 mari.. ko nak ker MB pompuan. dhtu ramai2 lelaki dah xmampu nak tadbir..

      Delete
    3. "kamu igt jepon bodoh ke, semua kamu orang buat nanti di boleh tahu"......

      Delete
  5. Saya setia bersama Tan Sri, kalau letak jawatan, mana ada kerja lain nak bagi gaji Rm 7,890.00 sebulan!

    ReplyDelete
  6. Akhirnya dapat juge united malay iblis mengkocar kacirkan pakatan rakyat kat slangor dgn bantuan pemakan tanggung berak cangkung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg duk atasan PR tu saper.. golongan dari united malay. .tak mustahil ni perancangan mereka

      Delete

Powered by Blogger.