BAN Gadget - DELL Venue 8 7000 Bakal Hadir Sebagai Tablet Ternipis !

Ketika acara Intel untuk pembangun tahunan, mereka telah memperlihatkan beberapa teknologi baru, dan bersama-sama dengannya mereka turut sama telah mengumumkan sebuah tablet baru yang akan hadir ke pasaran tidak lama lagi daripada Dell.

Dinamakan sebagai Dell Venue 8 7000, ia dikatakan sebagai tablet paling nipis didunia, dan dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Atom Z3500 2.3Ghz.

Tablet ini juga turut hadir dengan sokongan Intel RealSense Snapshot Depth Camera – yang mana menawarkan beberapa fungsi seperti sokongan “Selective Focus” dan sebagainya melalui penggunaan snapshot tersebut.

Dari segi spesifikasi, ia menyertakan skrin bersaiz 8.4-inci, memori 2GB RAM, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadpaan 2-megapixel, dan ruangan storan 16GB. Walaupun ia nipis, ia turut menyertakan slot kad mikro-SD bersama-sama dengannya.

Buat masa ini, tarikh jualan tempatan untuk tablet ini masih tidak diketahui lagi.


(Amanz)
BAN Gadget - DELL Venue 8 7000 Bakal Hadir Sebagai Tablet Ternipis ! BAN Gadget - DELL Venue 8 7000 Bakal Hadir Sebagai Tablet Ternipis ! Reviewed by BANkami Blog on September 15, 2014 Rating: 5

5 comments:

Powered by Blogger.