BAN Kesihatan - Loom Band : Gelang Tangan Kanak-Kanak Yang Merbahaya

Loom band yang menjadi kegilaan golongan kanak-kanak dan remaja di Amerika Syarikat dan Britain telah ditarik balik penjualannya di United Kingdom selepas didapati mengandungi bahan kimia karsinogenik.

Pengawalan terhadap produk ini di Malaysia, bagaimanapun, masih tidak jelas, menurut Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia.

Ini kerana loom band, iaitu getah aneka warna ditenun menjadi gelang, tidak dikategorikan sebagai kategori mainan.

  • "Kita ada Peraturan Standard Keselamatan bagi Mainan Kanak-Kanak 2010 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
  • "Walau bagaimanapun, masalah dengan pengawalan loom band di Malaysia adalah ia perlu diklasifikasikan sebagai mainan sebelum pihak berkuasa boleh berbuat apa-apa,” kata Ketua Pegawai Eksekutif persatuan itu, Ratna Devi Nadarajan.
  • "Jika produk itu di bawah kategori mainan, tindakan boleh diambil. Tetapi ia masih tidak jelas kerana loom band adalah aksesori dan tidak bertujuan untuk dimasukkan ke dalam mulut," katanya.

Peruncit mainan bebas terbesar di Britain, The Entertainer, menarik balik semua produk loom band dari 92 kedainya di seluruh negara setelah rancangan BBC Midlands Today melaporkan produk tersebut mengandungi 40 peratus phthalates.
Phthalates, bahan kimia yang mempunyai keupayaan mengganggu hormon, digunakan terutamanya untuk meningkatkan fleksibiliti dan meningkatkan pelbagai ciri-ciri lain plastik.
Walau bagaimanapun, Kesatuan Eropah menetapkan bahawa produk itu tidak mengandungi lebih daripada 0.1 peratus bahan kimia tersebut.

  • “Ia menjadi satu risiko apabila kanak-kanak tertelan produk itu. Di Kesatuan Eropah dan United Kingdom, pihak berkuasa secara terang-terangan boleh mengenakan larangan kerana mereka telah mengharamkan produk yang mengandungi sejumlah phthalates. Malaysia tidak mengambil tindakan seperti itu,'' kata Ratna.
  • "Manifestasi kanser dan gangguan endokrin akibat terdedah kepada bahan kimia tersebut akan lebih nyata setelah tempoh waktu yang lama. Ia juga bergantung kepada status kesihatan orang yang terdedah kepada dengan kimia itu," kata beliau, sambil menambah bahawa mesin tenun loom band masih boleh didapati di pasar raya di negara ini.
  • "Tanpa mana-mana peraturan, pihak berkuasa tidak boleh melakukan penarikan balik produk itu."

Ratna, yang juga Naib Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), berkata persatuan itu telah menerima dua pertanyaan daripada orang ramai setakat ini mengenai keselamatan dan peraturan loom band.

Tambah beliau, FOMCA telah berhubung dengan Kementerian Kesihatan untuk mengawal penggunaan phthalates dalam produk untuk kanak-kanak dan mengharamkan produk yang berbahaya.

10 perkara anda perlu tahu tentang Loom Band:

  1. Pengasas: Cheong Choon Ng, rakyat Malaysia yang kini menetap di Detroit, Amerika Syarikat
  2. Nama Syarikat: Rainbow Loom
  3. Diasaskan pada tahun 2011
  4. Kit Rainbow Loom mengandungi ‘pegboard’, cangkuk Rainbow Loom, klip berbetuk C dan 600 getah aneka warna
  5. Lebih daripada 4 juta unit telah dijual sejak ia dilancarkan
  6. Ng memulakan sebuah laman web dan menerbitkan video untuk mengajar cara untuk menggunakan kit Rainbow Loom yang menampilkan anak-anak perempuan dan anak saudara beliau.
  7. Learning Express Toys, peruncit mainan yang berpangkalan di Massachusetts, adalah kedai pertama yang menjual Rainbow Loom
  8. Setiap kit berharga $15 hingga $17 (kira-kira RM50-RM55)
  9. Duchess of Cambridge dilihat memakai Rainbow Loom semasa lawatan beliau ke New Zealand pada tahun 2014. Selebriti lain yang pernah memakai Rainbow Loom: Harry Styles, Miley Cyrus, dan David Beckham.
  10. Pada tahun 2013, ia menjadi mainan yang paling dicari menggunakan enjin carian Google.



(astroawani)
BAN Kesihatan - Loom Band : Gelang Tangan Kanak-Kanak Yang Merbahaya BAN Kesihatan - Loom Band : Gelang Tangan Kanak-Kanak Yang Merbahaya Reviewed by BANkami Blog on September 04, 2014 Rating: 5

5 comments:

  1. yg plastik tu ke yg merbahaya

    ReplyDelete
  2. katalah baby amik and masukkn dalam mulut.. so its so dangerous.. kenapa malaysia lambat bertindak.. tengok negara lain..cepat jer haramkan.. mereka menjaga kesihatan rakyat.. tapi kita?

    ReplyDelete
  3. kita jaga politikus yang rakus nak berkuasa.. jadi mangsa rakyat.. bukan nak jaga rakyat tapi lebih nak jaga duit. akhir bulan cucuk jer masyuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila tanya.. kita dalam kajian..

      Delete
  4. Ramai yang addicted ni..harap-harap not that bad...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.