China ProtestXinjiang boleh diibaratkan seumpama Kashmir yang dijajah dan ditindas kerajaan India atau Pattani yang ditindas untuk sekian lamanya oleh kerajaan Thailand dan mungkin seteruk Palestin yang dijajah secara sistematik oleh regim Zionis Israel.
Isu larangan berpuasa di kalangan etnik Uighur bukanlah isu baru tetapi telah berpuluh tahun, dan bukan hanya larangan berpuasa tetapi juga larangan ibadah yang lain seperti larangan berhijab, bersolat dan pelbagai larangan lagi.
Masyarakat Uighur sebenarnya bukanlah bangsa Cina. Rupa paras mereka hampir kepada orang Turki dan mereka juga berkomunikasi dengan bahawa Turki.
Nama sebenar Xinjiang ialah Turkistan Timur. Turkistan bermaksud tanah orang-orang Turki yang telah dijajah oleh China sejak sekian lamanya. Pada tahun 1955, Parti Komunis China telah menukar nama Turkistan Timur secara rasminya kepada Xinjiang yang bermaksud ‘The New Territory’ atau ‘Wilayah Baru’.
Hakikatnya Turkistan sebenarnya berbeza dengan China kerana mereka mempunyai bahasa sendiri, budaya sendiri, perlembagaan sendiri dan bendera sendiiri berwarna biru yang sama seperti Turki yang berbendera merah.
Rekod pelanggaran hak asasi kemanusiaan China terhadap Uighur ini begitu buruk sekali seumpama tahanan tanpa sebab, pemenjaraan, disiksa, dibunuh, wanita mereka dirogol dan sebagainya lagi.
Tidak sebagaimana Palestin, penderitaan masyarakat Uighur tidak banyak diketahui umum dan masyarakat antarabangsa kerana polisi tertutup kerajaan Komunis China dengan menyekat kebebasan media seperti facebook, youtube dan internet.
Rata-rata masyarakat Uighur mempunyai pendirian yang sama terhadap polisi China yang menindas mereka sejak puluhan tahun yang lalu. Keadaan mereka tidak banyak berubah, bahkan semakin tersepit dengan pelbagai kesangsaraan dan asing daripada sinaran mentari perubahan di masa depan. (zainurrashid)
Kisah Pendatang Etnik Uighur Di Malaysia :
Penemuan mengejutkan apabila seramai 155 warga asing etnik Uighur dari China dikesan bersembunyi dalam keadaan berasak-asak di dua unit kondominium di Bukit Jalil di sini.
Kumpulan itu termasuk 76 kanak-kanak dan bayi dipercayai melarikan diri dari China sebelum menyeludup masuk ke negara ini melalui [lorong tikus’ sejak lebih tiga minggu lalu.
Difahamkan kumpulan itu menggunakan pengangkutan laut bagi melarikan diri dari penempatan asal di kawasan barat laut Xinjiang, China dan menjadikan Malaysia sebagai lokasi persembunyian sementara.
Tindakan semua pendatang tanpa izin itu bagaimanapun dibongkar Jabatan Imigresen Kuala Lumpur diketuai Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa yang melakukan serbuan di lokasi itu bersama 37 anggotanya.
Dalam serbuan kira-kira jam 11 malam kelmarin, lebih 90 warga asing itu didapati tinggal berasak-asak di dalam sebuah unit kondominium tiga bilik manakala 65 individu lagi tinggal di unit kondominum berhampiran. (Hmetro)




6 Comments
dah banyak penindasan..tiap tahun ada mesyuarat OIC.. kalau datang malaysia.. pergghhh sambutan bukan main hangit. tapi tindakan habuk pun tarak.
ReplyDeleteya allah
ReplyDeletebila dunia islam hanya tahu diam membisu
ReplyDeleteharapkan OIC..sama spt harapkan kaldai terbang...
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteya allah ampuni kami, kami lemah
ReplyDelete