BAN Sadis - Nenek Di Rompak Di Jerteh ! Kejamnya Manusia !

Seorang warga emas dan anak perempuannya berdepan detik cemas apabila dilibas dengan sebilah kelewang oleh salah seorang daripada dua lelaki yang menyamun mereka di rumah di Kampung Lapan Kotak, dekat sini, Sabtu lalu.

  • Penyamun terbabit mengeluarkan senjata tajam itu selepas mangsa, Zaleha Awang, 42, bertindak melawan untuk mempertahankan gelang emas yang dipakainya.
  • Sementara ibunya, Mek Che Mat, 85, mengalami kecederaan di mulut, selain lebam di beberapa bahagian anggota badan selepas penjenayah terbabit bertindak menyeret Mek sejauh lebih enam meter dari dalam rumah mangsa sehingga ke luar rumah.
  • Menurut Zaleha, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang apabila sebuah kereta jenis Honda berwarna kelabu yang dinaiki dua lelaki, berhenti di luar pagar halaman rumahnya.
  • Kemudian keluar seorang lelaki berpakaian agak kemas, berambut pendek dan berbadan gempal menghampiri pintu sisi rumah seolah-olah mahu bertanya sesuatu.
    • "Tiba-tiba dia cuba masuk ke dalam rumah, saya cuba halang dengan menutup pintu jeriji, tetapi lelaki itu kuat, jadi saya tak sempat kunci pintu.
    • “Lepas masuk ke dalam rumah, dia terus tarik gelang yang saya pakai, tapi saya melawan,” 
  • Ketika kejadian, Zaleha berada bersama ibu, seorang anak perempuannya berusia 15 tahun dan anak lelaki serta seorang anak saudara masing-masing berumur 7 tahun.
  • Pada mulanya kedua anaknya turut melawan penjenayah terbabit, tetapi kemudian lelaki itu mengeluarkan sebilah kelewang lalu melibas ke arahnya.
  • Saat itu katanya, dia hanya terbayang kematian apabila lelaki berkenaan melibas beberapa kali senjata tersebut, menyebabkan dia berhenti melawan dan lelaki itu terus mengambil gelangnya.
    • "Tak lama lepas itu, rakannya pula masuk ke dalam rumah dan tarik gelang emas yang dipakai emak.
    • “Gelang di tangan emak tak putus, jadi penjenayah itu terus tarik menyebabkan emak saya terjatuh dan lelaki itu terus tarik hingga keluar rumah sehingga emak saya jatuh di atas anak tangga dan tersadung longkang, sebelum gelang dipakainya terputus,” katanya.
  • Zaleha yang berlari keluar rumah untuk membantu ibunya, sekali lagi dilibas dengan kelewang oleh lelaki pertama hingga nyaris mengenai kepalanya.
  • Selepas berjaya merampas dua gelang tangan yang dipakai kedua-dua mangsa bernilai kira-kira RM20,000, dua lelaki terbabit terus melarikan diri.


BAN Sadis - Nenek Di Rompak Di Jerteh ! Kejamnya Manusia ! BAN Sadis - Nenek Di Rompak Di Jerteh ! Kejamnya Manusia ! Reviewed by BANkami Blog on October 07, 2014 Rating: 5

5 comments:

  1. dia tak pk ke. kalau nenek tu nenek dia. apa perasaan kalau nenek dia diperlakukan sedemikian rupa.

    ReplyDelete
  2. ape la salah makcik tu. sampai mcm tu skali..

    ReplyDelete
  3. celaka geng pil kuda

    ReplyDelete

Powered by Blogger.