BAN Gila - Bila Anak Kecik Bersyukur Ibunya di Tahan Polis

Masalah penagih dadah ni memang sukar nak banteras, melainkan tindakan keras diambil kepada penagih dan pengedar dadah. Persoalannya, berani ke pihak berkuasa menangkap tokey taiko tekong dadah. Yang banyak diserbu ditangkap cuma anak bilis dan yang dibiarkan berkeliaran penagih yang sukar untuk sembuh. Dalam 10orang yang masuk pusat serenti, ada la sorang dua yang kembali ke pangkal jalan, ada pulak yang kembali aktif.. Masalah ni aku nampak semakin parah, ditambah dengan tekanan kewangan sekarang, kenaikan harga barang tak stabil. Membuatkan masyarakat berfikir untuk mencari wang mudah dan cepat. Aku rasa, tiba masanya kerajaan menggubal undang-undang untuk mengenakan tindakan lebih keras kepada penagih dan pengedar.

“Saya bersyukur rumah kami diserbu polis dan menahan ibu yang menagih dadah sejak saya kecil dan tidak pernah mengambil tahu soal makanan atau pakaian kami.

“Paling saya tidak suka apabila ibu membawa rakannya dan menggunakan ruang atas rumah kami sebagai tempat melepaskan gian.” Itu kata-kata syahdu remaja perempuan berusia 13 tahun yang juga anak sulung daripada enam beradik selepas polis dan staf Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyerbu rumah usang dihuni keluarganya, di Kampung Batu Enam, Kuala Kedah, di sini, jam 8.45 malam tadi.

Ini kerana, enam beradik berusia tiga hingga 13 tahun itu hidup melarat sejak sekian lama akibat diabaikan ibu mereka yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah jenis syabu.

Ketika diserbu, ibu mereka yang berusia 38 tahun itu berada di rumah, namun bapa mereka berusia 42 yang bekerja sebagai buruh belum pulang daripada bekerja.

Post a Comment

3 Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete