BAN Politik - Tun Mahathir Minta Tunku Aziz Buktikan Duit Kerajaan Lesap Di Bawah Pemerintahannya

Lama betul aku tak update blog.. Malas campur sibuk.. Aku banyak fokus on forex trading.. Tak sempat nak menaip.. Tu analisa fundamental market movement.. But tetap engage dengan isu politik bangang semasa..  Maybe lepas ni aku tukar blog kepada bankami.blogspot.com kembali.. Tunggu expired jer bankami.net ni.. Malas nak more serius sampai ada domain sendiri.. Sebab leceh nak buat payment itu ini..

Cerita Tun M dgn NajibRazak nampaknya semakin hangit.. Semalam dalam tv3 suku pun bukan main najib duk hentam Tun M sambil dapat sorakan dari penyokong sabah bah bah.. Buat debat la bang najib.. Duk bising zaman tun dia sokong. Sebab zaman tun takde rakyat rasai tekanan macam ni.. Takde pembaziran tahap melampau macam ni..

Laporkan pada polis, pada aku baik report pada hackers, biar mereka viralkan dan pastikan laporan yang disebar tu tertutup dan tak dapat dikesan.. Daripada lapor pada polis.. Pelapor pulak kena tangkap...
Tanah Tun Razak Exchange seluas 70 ekar dibeli oleh 1MDB dengan harga RM194.1 million untuk 70 ekar. Sekarang Tabung Haji membeli satu setengah ekar dengan harga 188.5 million Ringgit, hampir sama dengan harga 1MDB beli 70 ekar. Untung besarlah 1MDB. Sebenarnya tanah ini, asalnya untuk mengadakan pusat dagangan bumiputra. Tetapi 1MDB telah mengenepikan projek ini. Inikah cara Tabung Haji mengguna duit orang ramai yang diamanahkan kepadanya. Pencarum berharap duit yang disimpan dengan Tabung Haji diurus untuk kebaikan mereka tetapi wang ini diguna untuk menyelamatkan 1MDB yang telah hilangkan berbillion Ringgit. Rancangan ini perlu dibatal sekarang juga. Tunku Aziz berkata dia sedia menyiasat Jho Low dan Riza Aziz jika saya buat laporan. Sebenarnya laporan telah dibuat oleh pihak lain tetapi tidak ada siasatan yang dibuat oleh sesiapa. Sebaliknya pihak yang melapor dimufliskan dan rumahnya telah digeledah. Jika Tunku Aziz begitu prihatin terhadap gejala rasuah, siasatlah dan laporlah kes-kes berkenaan. Buktikan juga yang saya lesap duit kerajaan!! Jika tidak dapat diam sajalah.


(chedet)

Post a Comment

7 Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete