Kereta Merah Bertindak Bodoh

Kereta mewah tetapi otak pemiliknya tidaklah seberapa mewah apabila bertindak bodoh dengan menganiaya pemilik kenderaan yang lain. Itulah yang dialami oleh mangsa yang memandu kereta Perodua Kancil dalam insiden yang berlaku di tempat letak kereta sebuah bangunan.

"Ini satu sifat manusia yang tidak bermoral. Salah sendiri, kereta saya pula yang dipancitkan. Jangan ingat bila guna kereta besar, boleh buat sesuka hati. Penat saya nak bawa anak-anak. Tolong viralkan sifat pemilik kereta merah yang kurang akal ini," kata Mohd Fadzil di laman Facebooknya.
Fadzil mengetahui perkara ini setelah diberitahu oleh seorang saksi yang meninggalkan nota, "W6268C do this!!" 
Bagi mempertahankan dirinya tidak bersalah, Fadzli memuat naik beberapa gambar bukti yang menunjukkan keretanya diparkir dalam petak tanpa mendatangkan masalah pada pengguna yang mahu menggunakan petak parkir di bahagian tengah. Malangnya, pemilik kereta merah terbabit yang jelas sekali memarkirkan kenderaannya melebihi garisan yang ditetapkan.

Tanpa sebarang rasa bersalah, pemiliknya menganggap ruang sempit di bahagian kanannya itu disebabkan oleh kereta Perodua Kancil tersebut, lalu bertindak memancitkan tayarnya. Bagaimanapun, Fadzil tidak membuat laporan polis dan hanya meminta orang ramai menyebarkan gambar itu di media sosial agar pemiliknya sedar akan kesalahan dirinya sendiri.


Kereta Merah Bertindak Bodoh Kereta Merah Bertindak Bodoh Reviewed by BANkami Blog on January 12, 2016 Rating: 5

7 comments:

  1. mentang2 bawak keter mewah. jadi bangang mcm tu pulak

    ReplyDelete
  2. Kalau parking betul betul tak ada masalah

    Tapi bila parking tak tanggung jawab baru orang buat masalah

    Mana ada orang tetiba suka buat hal terutama orang ada duit

    Jangan sendiri bahalol ingat orang lain sama bahalol

    Ini standard Melayu banyak macam ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. woiii.nak gadoh ka.jom jumpa.jangan fitnah melayu.pondan la lu ni.

      Delete
    2. Eh jilake. ko ingat smua org kaya tu baik ker.

      Delete
  3. melayu la tu.....kalu peel gitu....ambo pun melayu jugak....apa panasnya....

    ReplyDelete
  4. Kalau betul dia buat, pancitkan balik kereta dia, 4 tayar sekali, ada Bran! Kalau tak Bran! "berlengan" dengan driver tu, apasal nak pancit-pancit pulak macam budak-budak.

    ReplyDelete
  5. Ape citer dgn blog mandi mayat hang carlos? Dah terkubur ke? Sorry salah topic hehe...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.