Majikan Minta Kerajaan Pertimbang Tangguh Pekerja Asing ?


Kerajaan diminta mempertimbangkan penangguhan pengambilan pekerja asing bagi memenuhi keperluan tenaga kerja dalam pelbagai sektor di negara ini.

Pengerusi Eksekutif Balqis Textile and Manufacturing Sdn Bhd, Datuk Zuraidi Rahim yang mewakili pengusaha kilang wilayah Utara berkata, penangguhan tersebut akan menjejaskan operasi mereka dalam sektor perkilangan, perladangan dan pembinaan.

Beliau berkata, pengusaha syarikat mungkin akan gulung tikar sekiranya tiada pekerja asing untuk melancarkan aktiviti industri memandangkan pekerja tempatan tidak berminat melakukan pekerjaan yang dianggap kotor, bahaya dan sukar (3D).
“Pekerja tempatan tidak mampu untuk duduk di hadapan mesin jahit dan menjahit pakaian dalam tempoh 8 jam tanpa henti, sedangkan pekerja asing ini mampu berbuat demikian sehingga disuruh oleh penyelia mereka untuk berhenti,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Turut hadir dalam sidang media berkenaan ialah 15 pengusaha sektor perladangan, industri tekstil, pembinaan dan pembuatan.

Katanya, pengusaha syarikat tidak meminggirkan pekerja tempatan dalam sektor industri, sebaliknya memberikan mereka jawatan pengurusan dengan gaji, keselamatan dan insentif lebih tinggi berbanding pekerja asing.

Zuraidi berkata, dalam sesebuah syarikat, terdapat kira-kira 30 peratus pekerja asing yang ditempatkan untuk melakukan kerja-kerja yang sukar, manakala selebihnya dilakukan oleh pekerja tempatan.

Beliau berkata, antara masalah yang bakal dihadapi pengusaha syarikat ialah kurangnya minat pekerja tempatan untuk menceburi bidang tekstil walaupun tawaran gaji lumayan selain tidak mampu bekerja dalam tempoh panjang.

Senario berkenaan menyebabkan sasaran produktiviti syarikat gagal dipenuhi memandangkan pekerja tempatan juga gagal menguasai kemahiran dengan efektif dan efisien berbanding pekerja asing, katanya.
“Kalau ditangguhkan untuk jangka masa panjang menyulitkan pengoperasian sektor industri di negara ini sekali gus menyebabkan banyak syarikat gulung tikar serta ekonomi terjejas,” katanya.

(FMT)

Post a Comment

2 Comments

  1. Majikan sendiri yg nak jahanamkan rakyat malaysia. Sebab cina ramai berniaga. So bila berniaga nak pakai pekerja. Nak amik melayu, ramai yg malas even ramai melayu yg majukan syarikat cina. Bangla tetap dihati majikan.

    ReplyDelete
  2. Bukanker ramai pelatih MARA, pelatih tempat belajar 1azam semua. Kenapa tidak disalurkan mereka ketempat ni untuk menjahit. Ohh xsanggup kerja 8jam sehari. Dahtu ramai malaysia lain kerja 5 jam sehari ker jelake.

    ReplyDelete