Semalam kecoh pasal presiden amanah fatonah segitiga bermuda. Katanya presiden mereka naik nafsu semasa berucap sebab rakyat malaysia ni hati perempuan. Tindak tanduk jantina female, tapi sembang jantina lelaki. Walaupun ditempelek dengan pelbagai isu yang menekan dan semakin tertekan, ditipu bulat-bulat2, diperbodoh dalam kaca TV. Rakyat malaysia hanya mampu melihat dan menonton seperti kanak-kanak tonton kartun spongebob.

Disebabkan tulah, mat sabu naik hangin dan bertindak ibarat hitler marah pada bala tentera. Mungkin presiden amanah ni nak ubah cara penampilan daripada tersengih dan buat lawak kepada watak yang bengis dan serius dalam menunjukkan keseriusan untuk mengangani sesuatu isu.

Persoalannya, adakah dengan membaling microfon, berceramah membebaskan anwar, berceramah seolah pejuang tetapi pada hakikatnya pakatan pembangkang sendiri bercelaru mampu berjuang untuk rakyat. Ibarat mengharapkan piranha tidak menggigit tuannya sendiri.


(malaysiakini)