Ahmad Said Usul Undi Tidak Percaya Menteri Besar Terengganu

Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-13, hari ini.

Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal mengemukakan usul itu ketika berucap membahaskan ucapan terima kasih terhadap titah ucapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Yang Dipertua DUN Terengganu, Datuk Mohd Zuber Embong yang menerima usul itu kemudiannya menangguhkan persidangan DUN untuk mengkaji butirannya mengikut perlembagaan undang-undang tubuh negeri.

Sidang DUN ditangguhkan 1 tengah hari sehingga 2.30 petang ini dan dewan dijangka akan membuat keputusan sama ada untuk menerima atau menolak usul itu.

(HM)
Ahmad Said Usul Undi Tidak Percaya Menteri Besar Terengganu Ahmad Said Usul Undi Tidak Percaya Menteri Besar Terengganu Reviewed by BANkami Blog on March 08, 2016 Rating: 5

2 comments:

Powered by Blogger.