Mahfuz Omar - Apa Punya "Bangang"


Datuk Mahfuz Omar membidas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang menyatakan, untuk menukar Perdana Menteri perlu mengikut saluran pilihan raya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu menyifatkan kenyataan yang dibuat oleh Khairy itu sebagai ‘bangang’.
“Apa punya bangang buat kenyataan macam orang tak tahu apa. Tukar Perdana Menteri bukan perlu tunggu dan melalui pilihan raya. Cukup kalau sama ada Perdana Menteri letak jawatan, hilang sokongan majoriti anggota Parlimen atau pun Perdana Menteri mati.
 “Maka, berlakulah pertukaran Perdana Menteri. Tun (Dr) Mahathir (Mohamad), Tun Abdullah (Ahmad Badawi) dan (Datuk Seri) Najib (Razak) menjadi Perdana Menteri bukan tunggu dan melalui pilihan raya. Tetapi apabila Perdana Menteri letak jawatan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Mahfuz yang juga merupakan bekas Ketua Penerangan PAS turut memberikan contoh yang lain semasa krisis Menteri Besar Perak pada tahun 2009, yang mana pertukarannya juga bukan melalui pilihan raya.
“Menteri Besar Kedah baharu sebulan bertukar bukan melalui pilihan raya. Tetapi melalui undi tidak percaya wakil rakyat UMNO kepada (Datuk Seri) Mukhriz (Mahathir) melalui pernyataan di hadapan Jemaah Pemangku Sultan Kedah.
“Begitu juga hendak ganti Najib dengan orang lain sebagai Perdana Menteri, sama ada Najib letak jawatan atau anggota Parlimen UMNO pakat tandatangan akuan bersumpah tarik balik sokongan sebagai tanda undi tidak percaya kepada Najib sebagai Perdana Menteri,” katanya.

(FMT)

Post a Comment

4 Comments