PAS T'gganu Tidak Bijak Mengambil Peluang


PAS melanggar ikrar kepada rakyat kerana mengambil sikap berkecuali dalam isu undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Ahli Parlimen Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, PAS sepatutnya mengambil peluang itu untuk menyelamatkan rakyat dan negeri Terengganu.
Yang menghairankan 15 daripada pembangkang tidak ingin menukar kerajaan walaupun peluang itu ada. Mereka memilih untuk berkecuali sedangkan mereka tahu Terengganu sedang dilanda masalah. Sebab itu kita minta pembangkang (PAS) membuat pendirian sebagai pembangkang dan bukannya sebagai berkecuali,” katanya ketika sidang media di Lobi Parlimen hari ini.
Semalam Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil pendirian berkecuali melibatkan usul tergempar undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu yang dicadangkan Datuk Seri Ahmad Said.

Menurut Hadi, PAS hanya akan melibatkan diri dalam isu-isu yang hanya dilihat munasabah bukannya melibatkan isu perebutan jawatan.

Raja Kamarul yang juga Pengerusi AMANAH Terengganu berkata, usul undi tidak percaya itu timbul disebabkan pentadbiran UMNO Terengganu yang kurang bijaksana.
Ada pihak mengatakan undi tidak percaya itu adalah masalah dalaman UMNO. AMANAH ingin menjelaskan di sini bahawa, kalau orang menghalusi pergolakan politik di Terengganu kebelakangan ini, ia bukan masalah dalaman UMNO tetapi masalah UMNO mentadbir Terengganu dengan kurang bijaksana.
Contohnya, dari segi pentadbiran kewangan, Terengganu telah 40 tahun mengeluarkan minyak dan masih bergantung 90 peratus kepada pendapatan minyak dan gas.
Walhal, kalau kita tengok kerajaan Persekutuan daripada 38 peratus boleh menurunkan kebergantungan kepada minyak yang kini turun kepada 23 peratus. Ini menunjukkan kerajaan Terengganu tidak mengurus dana minyak dan gas dengan baik,” katanya.

(FMT)
PAS T'gganu Tidak Bijak Mengambil Peluang PAS T'gganu Tidak Bijak Mengambil Peluang Reviewed by BANkami Blog on March 10, 2016 Rating: 5

4 comments:

  1. Kan PAS dh cakap. jadi penasihat pada umno pun takper.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Bongok punya PAS
    Rakyat nak bungkusksn umno-bn..Pas pulak la ni nak bg nyawa.

    Ni la org kata. Masa ngundi merayu suruh undi depa. Tapi bila dah undi..menang..jd pemimpin..cuba membodohkan pengundi pula.

    ReplyDelete
  3. PAS dah hilang hala tuju politik selepas kembalinya ke rahmatullah TGNA .Entah apa yang diperjuangkan PAS sebenarnya.Hudud dan kena kencing dengan UMNO.Kasihan kepada walaun2 yang bermati2an menyokong dari bawah.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.