TMJ - Saya Lebih Berminat Beli Perdana Menteri & Jadikan Diri Saya Perdana Menteri


Tuanku Mahkota Johor (TMJ), Tuanku Ismail Sultan Ibrahim lebih berminat membeli Perdana Menteri dan jadikan dirinya Perdana Menteri menggunakan wang yang dimilikinya berbanding membeli pengadil bola sepak untuk memenangi perlawanan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab komen pengguna media sosial yang mendakwa JDT membeli pengadil.
“Dengan semua wang yang saya miliki, adakah anda benar-benar berfikir yang saya akan membeli pengadil? Saya lebih berminat untuk membeli Perdana Menteri dan jadikan diri saya Perdana Menteri daripada membayar pengadil untuk memenangi perlawanan bola sepak.
“Tetapi apa boleh buat. Saya selalu berfikiran luas manakala mereka pula sentiasa berfikiran sempit,” katanya seperti yang disiarkan di Facebook Johor Southern Tigers.
TMJ juga menafikan tuduhan semua berkenaan JDT melibatkan wang sebaliknya beliau mengajak rakyat berfikir banyak wang telah hilang dalam negara tetapi tiada siapa yang menyiasat termasuk RM100 juta dana Kementerian Belia dan Sukan yang dilaporkan diseleweng.
“Anda sepatutnya lebih bimbangkan perkara tersebut berbanding terhadap kewangan JDT. JDT hanyalah sebuah kelab kecil dengan impian yang besar,” katanya.
Menjawab tuduhan beliau suka menunjuk harta, TMJ berkata, beliau lebih kasihan dengan individu ‘buta’ dan berfikiran sempit seperti itu yang terpaksa membayar GST.
“Saya lebih risau dan kasihan anda kena bayar GST tapi anda lebih risau tentang TMJ menunjuk harta. Tahniah! Anda adalah rakyat yang kerajaan paling suka. Kerana anda buta,” katanya.
TMJ berkata, salah untuk mengatakan pasukan Harimau Selatan sentiasa menang perlawanan kerana JDT pasukan paling kaya di negara ini.
“Felda, Terengganu, Pahang dan Selangor adalah pasukan yang paling kaya di negara ini. Felda adalah yang terkuat kerana ia adalah pasukan Kerajaan Persekutuan. Mereka perlukan undi, maka Felda adalah yang terkuat dan paling kaya,” katanya seperti menyindir.
TMJ juga berkata, JDT akan ‘terus membunuh’ bola sepak tempatan dengan meraih lebih banyak kejayaan peringkat antarabangsa dan membiarkan FAM ‘membantu bola sepak’ dengan mendapatkan sumber kewangan dan hanya memberi tumpuan Piala Suzuki.

(FMT)

Post a Comment

4 Comments

  1. berhajat besar sungguh anak raja sorang ni.

    ReplyDelete
  2. Sembang anak raja.

    ReplyDelete
  3. Beli PM jadi PM, boleh kaya....
    Bijak!!!

    ReplyDelete
  4. Beli PM jadi PM, boleh kaya....
    Bijak!!!

    ReplyDelete