Berus Gigi Dalam Usus


Masalah seorang budak lelaki berusia lima tahun yang sering mengadu sakit perut akhirnya diatasi selepas doktor menemui berus gigi sepanjang enam inci di dalam organ itu.

Doktor yang melakukan pembedahan terhadap Keshav Sahu terkejut menemui objek itu berhampiran pundi kencingnya.

Kanak-kanak dari Chhattisgarh, timur India, menelan berus gigi itu kira-kira setahun lalu tanpa memberitahu ibu bapanya. Dia hanya diberi ubat setiap kali mengadu sakit.

Namun, lama-kelamaan sakitnya semakin teruk menyebabkan ayahnya Hemant membawanya ke Kolej Perubatan Raipur untuk dirawat.

Doktor turut menemui batu karang dalam pundi kencingnya selain objek berukuran enam inci.(HM)

Post a Comment

2 Comments

  1. Mcm xlojik pun ada. Takkan dlm setahun tu mak bapak dia tak ke klinik. Tapi kt india paham2 jerla.

    ReplyDelete
  2. Kalau pelik jer. Mesti china dgn india. Heran aku

    ReplyDelete