Husam : Cubaan Jatuhkan MB Kelantan Melalui Usul Undi Tidak Percaya


Husam Musa yang baru dipecat PAS mendakwa wakil rakyat BN menawarkan diri untuk membantu beliau dan ADUN lain di negeri itu untuk menjatuhkan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob menerusi undi tidak percaya.

Bagaimanapun ADUN Salor itu berkata, beliau tidak menerima tawaran itu kerana tidak mahu membangkitkan kemarahan rakyat Kelantan dan menyebabkan negeri itu dilanda krisis seperti 1977 di mana darurat terpaksa diisytiharkan dan kerajaan PAS tumbang dengan hina.
“Jika tanya BN mereka tak akan mengaku tetapi ADUN BN bersetuju beri SD (pengakuan bersumpah) untuk undi tak percaya kepada Ahmad Yakob.
“Saya ingat 1977-1978, rakyat Kelantan mungkin marah dan timbulkan krisis (seperti) dahulu. Saya tidak mahu ulang dan tidak mahu ada orang mengambil kesempatan kepada kerajaan negeri sekarang.
“Saya tak mahu kerajaan PAS tumbang dengan hina lagi,” katanya di hadapan kira-kira 200 hadirin yang menghadiri Dialog Bersama Husam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi.
Pada 1977, MB ketika itu, Datuk Muhamed Nasir dituduh mengingkari arahan PAS.
Usul undi tidak percaya dikemukakan di Dewan Undangan Negeri dengan 20 ADUN PAS menyokong sementara 13 ADUN UMNO dan seorang ADUN MCA keluar dari dewan tanda protes.

Beberapa siri demonstrasi dan kekacauan memaksa Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Kelantan ketika itu mengisytiharkan darurat pada 8 November 1977 yang seterusnya menjurus kepada keputusan PAS dikeluarkan daripada gabungan BN ketika itu.

Husam yang dilihat sebagai anak didik bekas Mursyidul Am PAS dan bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat dipecat awal bulan ini lantaran kritikannya terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kerajaan Kelantan.

(FMT)
Husam : Cubaan Jatuhkan MB Kelantan Melalui Usul Undi Tidak Percaya Husam : Cubaan Jatuhkan MB Kelantan Melalui Usul Undi Tidak Percaya Reviewed by BANkami Blog on May 19, 2016 Rating: 5

5 comments:

  1. Apa niat husam dedahkan semua ni.

    ReplyDelete
  2. Hai lahhh husam, awak tu orang cerdik maka diam aje la.. biar kami ahli PAS yang bodoh-2 ni jer yang cakap..
    Kan dunia dah nak kiamat..

    ReplyDelete
  3. btoi ke YB?atau YB nak cari simpati.atau nk tutup malu sbb nk minta buku akaun YB2 Pas di kelantan.yang mana zahrin yassin menafikannya.

    ReplyDelete
  4. Kalau benar pun berapa kerat wakil rakyat Pas nak ikut telunjuk awak Husam. Dahlah hentikan rungutan basi awak. Dah jadi macam budak nakal awak ni. Kan ke baik kalau awak isi borang ahli ikut Mat Sapu dan Khalid Temberang daripada membebel benda lapuk.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.